Dari Rumah Free ke Rumah Sewa

•July 28, 2008 • Leave a Comment

Saya telah berpindah secara rasmi ke rumah sewa di http://www.ujie.com. Masih menggunakan WordPress sebagai medium tetapi sebelum ini WordPress free tetapi yang baru ni di hosting berbayar (walaupun saya dapat free sebenarnye. Hiks!). Jadi, saya tidak lagi menulis di sini ya. Senang saja, alamat rumah baru masih di ujie.com. Jumpa di sana…..

Saya Yang Sengal

•July 23, 2008 • 3 Comments

Sengal betul la saya nih!! Heellloo, saya je boleh kutuk diri sendiri. Korang baca je ok…

Pagi tadi saya ada appointment dengan seorang client, Mr. Ang di rumahnya di Taman Desa, Jalan Klang Lama. Bersama saya macam biasa, Bakal Roomate dan seorang lagi rakan kami, Jai. Setelah berpusing-pusing beberapa kali, dan tersesat-sesat (sampai Bakal Roomate naik hangen) akhirnya jumpa juga rumah Mr. Ang.

Nak tau kenapa sesat? Mr. Ang dengan penuh konfidensi memberitahu saya yang rumahnya bernombor 644. Kami pusing beberapa kali dan langsung tak nampak nombor rumah 644. Paling besar pun nombor 4xx, saya tak ingat. Akhirnya, bila saya beritahu yang saya tak jumpa rumahnya, baru dia call saya semula dan rupanya dia tersilap. Nombor rumahnya yang sebenar ialah 446. Boleh?? Tak ingat nombor rumah sendiri..Sabo jelah…

Walaupun tak berjaya close deal dengan beliau, tapi kami dapat baaaaaaaaaaaaaaanyaakkk sangat ilmu tentang investment, real estate dan macam-macam lagi. Tak terbalas rasanya.

Keluar dari rumah Mr. Ang, kami terus ke kereta yang diparkir di depan rumahnya. Tapi, ahh sudah…Mana kunci kereta saya???? Bakal Roomate takde pegang. Pada Jai pun takde. Terus saya call Mr. Ang kalau-kalau kunci kereta saya tertinggal di rumahnya, terselit di celah-celah sofa ke. Saya masuk semula ke rumah Mr. Ang untuk mencari kunci kereta saya, tetap juga tak jumpa. Macamana nihhh!!!

Saya teringat, saya ada kunci spare dalam beg. Tapi beg saya dalam kereta pulak. Ntah macamana, memang rezeki kami, tingkap di bahagian penumpang terbuka sedikit. Mr. Ang beri penyangkut baju besinya kepada kami untuk digunakan mengait pintu kereta dari luar. Dengan kepakaran Bakal Roomate sebagai Mc Gyver, akhirnya dapat juga pintu kereta saya dibuka. Fuuhhh!! Selamat.

Mc Gyver tengah mengopak pintu kereta

Tapi sampai sekarang saya tak jumpa kunci kereta yang hilang tu. Peliklah. Rumah Mr. Ang ada toyol ke ekk?? Ntahlah…malas nak pikir..Hiks!! So saya kena jaga kunci kereta yang satu ni baik-baiklah. Kalau hilang jugak..nahas!!

Sepetang Bersama Amy Search

•July 21, 2008 • Leave a Comment

Petang tadi, saya dan Bakal Roomate bertandang ke rumah Amy. Comel giler anak dia, Sania & Alexander..Rasa macam nak lempang-lempang..Hiks!!Bley? Cam biasa lah, nothing personal, it’s just business..Kami datang untuk ambil salinan dokumen untuk presentation pagi esok. Tak masuk rumah dia pun, kami duduk lepak kat wakaf halaman dia je. Banyak angin. Nasib baik rumah dia dekat je dengan rumah saya. Tapi rumah dia 3 tingkat je, Semi D. Rumah saya 5 tingkat. Sape lagi kaya?? Haha..


Dokumen yang berlambak-lambak


Amy tengah khusyuk dengar Bakal Roomate bersembang sampai berkerut-kerut dahi


Alexander tengah mengacau daddy dia..Baru bangun tido budak kecik nih


Sania yang comel


Bakal Roomate menayang gigi kapaknya..


Peace…Nak jugak enter frame..

Kami blah dari rumah Amy bila dah dekat nak hujan.

Ok, bang…gua blah dulu. Phewwwwiiieetttt!!!!

Cilok

•July 19, 2008 • 1 Comment

Best betul lepak-lepak di rumah sambil menonton TV. Cerita Nujum Pak Belalang. Bila dengar lagu Kamilah Penyamun , saya terdengar perkataan CILOK. Hmm..barulah saya tau, perkataan cilok, telah digunakan semasa zaman P.Ramlee lagi. Saya ingatkan bahasa mat-mat rempit. Hiks! Pastu diguna pakai oleh Afdlin Shauki dalam Baik Punya Cilok..

Meh kita tengok lirik dia. Saya cuba cari mp3 lagu ni, tapi tak jumpa daa….

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun

—————————————————————-

Updated 10.42am – Saya berjaya mencari mp3 untuk lagu Kamilah Penyamun. Silalah dengar..🙂

Menara Berputar: Bangunan Unik

•July 19, 2008 • 8 Comments

Makin lama, teknologi makin canggih. Kalau dulu, kita sudah ada Menara Berputar KL (itu pun saya tak pernah naik lagi. Hiks!) , jangan terkejut jika sekarang Dubai akan ada bangunan berputarnya sendiri. Lebih canggih, setiap aras akan berputar. Wow!! Bestnya setiap masa dapat tengok keliling yang berbeza. Taklah boring, ya tak?

Artikel mengenai bangunan unik ini saya petik dari Berita Harian. Ada di antara gambar bangunan berikut yang saya Google sendiri. Jom baca!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DYNAMIC TOWER Dubai yang bergerak setiap saat, seni bina kreatif terbaru daripada arkitek Itali.

Reka bentuk menyanggah tradisi, tarik perhatian dunia

APABILA menyebut bangunan, tentunya dibayangkan berciri pencakar langit, empat persegi, dikukuhkan dengan kerangka keluli selain dilengkapi tingkap kaca jernih.

Tingginya yang menyapu awan dengan keluasan menyamai berpuluh-puluh padang bola sedikit sebanyak mengehadkan imaginasi kita bahawa ada segelintir pencakar langit menawarkan seni bina pelik lagi menakjubkan.

Menara Bergerak, Dubai

Dilancarkan pada 24 Jun lalu, arkitek Itali, Dr David Fisher mengumumkan pembinaan menara pertama di dunia yang bergerak setiap saat. Bangunan yang menghadap ke laut itu dirancang didirikan di beberapa lokasi di dunia bermula dengan Dubai, Moscow diikuti New York.

Menurut Dynamic Group, syarikat yang akan membina bangunan yang dinamakan Dynamic Tower Dubai setinggi 420 meter itu bakal menempatkan 80 tingkat unit pangsapuri dengan keluasan 124 meter persegi manakala villa pula seluas 1,200 meter persegi. Setiap unit kediaman dilengkapi tempat meletak kereta dalam rumah.

Keunikan seni bina menara itu adalah ciri aras lantai yang berpusing mengikut hala bebas sekali gus mewujudkan perspektif pandangan berbeza.

Dynamic Tower mesra alam dan bangunan pertama di dunia direka dengan keupayaan menjana elektrik sendiri melalui turbin angin yang dipasang di setiap tingkat.

“Setiap aras dijangka mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan. Ini revolusi baru seni bina. Mulai hari ini, bangunan bukan lagi disempurnakan di tapak projek tetapi di kilang,” katanya yang berpengalaman 30 tahun menzahirkan bangunan teknologi terkehadapan di bandar besar seperti London, New York, Hong Kong, Paris dan Dubai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bangunan Bakul (The Basket Building) di Amerika Syarikat

Mulanya hanya angan-angan tetapi menjadi nyata apabila Dave Longaberger, pengasas syarikat Longaberger membina bangunan pejabat berbentuk bakul bertangkai.

Longaberger percaya itu adalah ilham terbaik daripadanya. Beliau yakin kewujudan bangunan itu akan menarik perhatian dan menambah rezekinya namun sebaliknya reputasi Longaberger jatuh merudum.

Bukan saja bank, arkitek malah syarikat pemaju mentertawakannya dan beliau dituduh cuba berlawak. Tidak cukup itu, pekerjanya juga lari meninggalkannya.

Longaberger bagaimanapun tidak berputus asa sebaliknya mengambil keputusan mengekalkan bangunan berkenaan. Cita-citanya termakbul apabila bangunan itu dibuka untuk operasi pada 17 Disember 1997.

BANGUNAN Bakul (Amerika Syarikat)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The Dancing House, Republik Czech

Bangunan pejabat yang terletak di pinggir bandar Prague ini diilhamkan arkitek kelahiran Croatia, Vlado Milunic dengan kerjasama arkitek Kanada, Frank Gehry. Bangunan itu dibina di atas tapak bangunan bersejarah yang musnah ketika pengeboman Prague pada 1945. Kerja pembinaan bermula pada 1994 berakhir dua tahun kemudian.

Reka bentuk bangunan yang menyanggah tradisi itu menimbulkan kontroversi. Mujur Presiden Czech, Vaclav Havel, yang sekian lama menetap di sebelah tapak bangunan itu menyuarakan sokongan peribadinya. Dia yakin The Dancing House bakal menjadi pusat budaya tersohor.

Asalnya, dinamakan Fred and Ginger bersempena pewarisnya Fred Astaire dan Ginger Rogers. Namun ditukar selepas mendapati seni bina bangunan berkenaan mirip seorang perawan sedang berdansa.

Milunic dan Gehry menerapkan gaya Neo Baroque, Neo Gothic dan Art Nouveau yang menjadi tanda pengenalan seni bina bangunan di Prague. Restoran Perancis di puncak bangunan menawarkan pemandangan seluruh bandar.

The Dancing House, Republik Czech

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rumah Piano di China

Terletak di Wilayah An Hui, China. Untuk ke aras atas, pengunjung perlu menaiki tangga bergerak di dalam biola kaca. Bangunan ini menyediakan prospek cerah terhadap pelan pembangunan dan kemajuan bandar kerana mewujudkan daya tarikan baru pelancongan di daerah itu.

Rumah Piano di China

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pustaka Kansas City di Amerika Syarikat

Bangunan kutub khanah paling mengagumkan di Amerika Syarikat. Warga tempatan diberi peluang memilih judul buku yang memberi pengaruh besar terhadap bandar Kansas selain pernah memenangi anugerah untuk diabadikan pada dinding tempat meletak kereta.

Pustaka Kansas City di Amerika Syarikat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bangunan Robot (Thailand)

Bangunan yang terletak di zon perniagaan Sathorn, Bangkok ini sebenarnya ibu pejabat bank United Oversea. Diilhamkan arkitek Sumet Jumsai mewakili kecanggihan sistem pengkomputeran perbankan negara gajah putih itu.

Seni binanya menampilkan pertentangan gaya antara neo klasikal dan teknologi tinggi pasca moden.

Ciri muka bangunan yang landai, dilengkapi antena dan sepasang mata di bangunan teratas menjadikannya mirip robot gergasi.

Siap dibina pada 1986, bangunan ini menjadi contoh mutakhir seni bina moden di Bangkok. Kemunculannya meraih perhatian antarabangsa dan diberi kritikan membina.

Bangunan Robot (Thailand)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bangunan Biru di Belanda

Pihak pentadbiran Delfshaven, Rotterdam meminta Schildersbedrijf N&F Hijnen menyediakan pelan baru bagi bangunan terbiar yang bakal dirobohkan. Perjanjian dengan kawasan kejiranan di situ ialah warna biru bangunan berkenaan dikekalkan selagi belum ada pelan pembangunan baru.

Oleh kerana usia yang sudah berabad, seni bina bangunan ini dianggap paling ketinggalan zaman di Rotterdam. Malah kewujudannya langsung tidak diberi perhatian. Namun, sebaik ditambah satu lapisan lagi 0.002 milimeter cat biru, bangunan ini diisytiharkan paling popular di Rotterdam dan sering diabadikan dalam foto kenangan.

Bangunan Biru di Belanda

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The Crooked House di Poland

Arkitek Poland, Szotynscy Zaleski, menzahirkan Crooked House seni bina pusat membeli-belah selepas mendapat ilham daripada ilustrasi dongeng kanak-kanak Jan Marcin Szancer.

Berkeluasan 4,000 meter persegi, pusat membeli-belah yang terletak di Rezydent, Sopot, Poland ini kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Poland.

THE CROOKED HOUSE di Poland, menjadi tarikan pelancong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sam Kee, bangunan paling nipis di Kanada.

Terletak di 8 West Pender Street ini adalah bangunan dua aras dengan ukur lebar cuma 1.5 meter. Sejarah bangunan ini sama luar biasa dengan struktur seni binanya.

Menurut cerita, Chang Toy pemilik hartanahnya diminta penduduk Vancouver menyerahkan seluas dua meter kawasannya untuk pembangunan Pender Street. Tiada ganti rugi diberikan sedangkan baki tanah tidak seluas mana. Toy kemudiannya mengupah seorang arkitek tampil dengan ilham binaan menakjubkan termasuk menjadi bangunan tunggal dilengkapi lorong pejalan kaki kaca di Chinatown.

Sam Kee, bangunan paling nipis di Kanada


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selain Dynamic Tower, bangunan kreatif di dunia di pilih oleh laman web http://www.oddee.com

FAKTA: Dynamic Tower

  • Setiap tingkat berpusing mengikut kelajuan berbeza.
  • 20 tingkat pertama memuatkan unit pejabat, tingkat 21 sehingga 35 menempatkan hotel mewah, 36 hingga 70 mengandungi unit kediaman pangsapuri dan 10 tingkat selebihnya menawarkan villa mewah.
  • Pembinaannya menuntut pembabitan 80 juruteknik dan 2,000 pekerja binaan.
  • Dilancarkan arkiteknya, David Fisher pada 24 Jun lalu dan dijangka siap menjelang 2010.
  • Impian Fisher membina bangunan menakjubkan ini menerima sokongan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sultan Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.
  • Fisher mendapatkan kerjasama arkitek dan jurutera berpengalaman dari United Kingdom dan India.

Mandi Wiladah

•July 18, 2008 • 1 Comment

I got this from email. Just want to share…

—————————————————

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

dear netters… saya nak kongsi cerita dan pengalaman.

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi
hadas
selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat
mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab
mereka kata, bukan mereka yang beranak… MasyaAllah. Kan ke tugas suami
tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua
orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati
dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran
cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala
bayi keluar,
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan: “Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang
diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.

Tula saya teringat orang tua-tua kita  tak kasi org dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla… saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60
hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari.
Mandilah dengan air panas… kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma
pastikan air tu tak jadi air musta’mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..
InsyaAllah

Moga ilmu saya yang cetek ini dan bagi sesetengah orang yang kata ini
soal “remeh” (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan
diamalakan bersama.

Wallahua’lam. Yang baik itu datang dari Allah dan segala kekhilafan itu
datang dari diri saya sendiri.

—————————————————

Kita Bertanya..

•July 17, 2008 • Leave a Comment

Sekadar renungan…

———————————————————–

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

– Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA DAN HAMPA?
QURAN MENJAWAB: “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”

– Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

– Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

– Surah At-Taubah ayat 129

———————————————————–

Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri…Wallahua’alam..