Berkerja Sendiri atau Makan Gaji?

Pasti di antara kita yang dah tak larat nak bangun pagi, menghadap traffic jam pergi dan balik kerja dan juga mengadap muka boss kan?😉 Dan pasti juga ramai yang terfikir-fikir nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri..to be our own boss! Sebenarnya saya pon begitu. Sebab itu saya telah mengambil keputusan yang paling besar dalam hidup saya dengan BERHENTI KERJA! Ya!Berhenti kerja. 17 Ogos, hari pertama saya bergelar Boss! Hahah!

Semasa mula-mula buat keputusan itu, cuak juga. Yelah, dah 7 tahun bekerja makan gaji dan biasa dapat gaji setiap hujung bulan (pernah jugak dapat tengah-tengah bulan!), tiba-tiba kena mencari gaji sendiri. Besar dugaan tu! Tapi, apabila dah ambil keputusan tu, kenalah kuat semangat dan tak boleh berpatah balik. Alhamdulillah, mak dan kakak saya tak pernah menentang walaupun terdapat juga segelintir kawan-kawan yang menanyakan soalan-soalan maut seperti ini – “Kau tak takut ke?”, “Ada gaji basic tak?”, “Boleh kaya ke?” dan seribu satu soalan lagi.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Rasulullah s.a.w telah menegaskan: “9 daripada 10 punca rezeki itu adalah daripada perniagaan.” Ramai orang faham hadis ini, tetapi tidak ramai yang berani menyahut cabarannya. Ada juga yang berani berniaga sendiri, tapi ramai juga yang kecundang. Walaupun saya berani menyahut cabaran itu, saya masih lagi bertatih untuk memastikan perniagaan saya nanti akan berjaya. Doakan saya ye..

Pengalaman berniaga saya bermula seawal umur 4 tahun. Ayah saya di masa lapangnya, suka menjala ikan. Jadi, banyaklah ikan yang dia bawa balik. So, saya dan emak akan round keliling kampung menjual ikan. Mak jadi tukang angkut bakul, saya tukang jerit. “Itan..itan..itan!!” (maaf, masa ni saya pelat lagi.🙂) Yang seronoknya, tak pernah ikan saya tak laku..Hee hee..Saya juga biasa menolong emak rakan saya menjual kuih keliling kampung. (Did i sound like Siti Nurhaliza? Haha) Dapatlah upah RM1.00. Best betul. Boleh beli aiskrim.

Semasa di sekolah menengah, saya memilih Kelab Usahawan Muda sebagai subjek kokurikulum saya. Pengalaman kami menjual popia goreng sewaktu Minggu Aktiviti, amat mengujakan! Laku macam goreng pisang panas! (Mungkin sebab kawan seperniagaan saya cun orangnya. Huhu)

Semasa masih lagi berkerja, saya juga pernah menjual kerepek. Pelanggan saya tak lain tak bukan, budak ofis! Tau jelah kalau budak lelaki, petang-petang je mesti ada makanan nak dikunyah. Saya menjual kerepek di ofis ni sekejap aje. Salah satu sebab, margin untung tak berapa besar, dan juga kesibukan dengan tugasan pejabat menghalang saya untuk pergi mengambil stok. Selain itu, saya juga ada trauma dengan kerepek ni. Hiks..

Sebelum berhenti kerja, banyak juga bidang-bidang perniagaan yang saya timbangkan untuk diceburi. Di antaranya, menanam cili secara fertigasi , menternak lembu fidlot dan projek cendawan. Saya buat research di Internet dan berjumpa sendiri dengan usahawan yang telah menjalankan projek cili secara fertigasi di rumahnya. Memang menarik, tapi bila memikirkan bidang tersebut memerlukan modal yang besar, hasrat saya terbantut.

Sehinggalah sesuatu berlaku, saya nekad terus untuk berhenti kerja dan dengan bantuan rakan saya, Jinggo, saya menceburi bidang yang 100% lari daripada kerjaya asal saya sebagai Programmer dan menjadi Perunding Pelaburan CIMB. Belajar Sains Komputer selama 4 tahun semasa di universiti. Bekerja selama 7 tahun sebagai programmer, dan kemudian beralih arah ke bidang kewangan.

Berbeza betul kehidupan saya semasa masih bekerja dan bila dah bekerja sendiri. Kalau dulu, pagi-pagi dah keluar pergi kerja, balik pula mungkin bila matahari dah tak ada. Tapi sekarang saya boleh menentukan jadual saya sendiri. Tapi silap haribulan, asyik melepak di atas tilam. Bila bekerja sendiri, disiplin diri paling penting. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Jadi minta maaf sekiranya di waktu ini saya masih berada di atas katil! Hahah!

Nanti saya sambung lagi..

~ by xxujiexx on October 2, 2007.

11 Responses to “Berkerja Sendiri atau Makan Gaji?”

  1. congratulations!!…Life isnt always smooth sailing jie. Prepare for the worse and hope for the best… Kerja sendiri atau makan gaji..perlukan ketabahan dan dedikasi. I will always be by your side..
    You go girl…

    Jawapan saye : thanks kak..

  2. tahniah!

    senang2, jemputla dtg ke tpt aku.kita p snorkle sama2.hehee..

    Jawapan saye : nanti aku nak makan sotong tau

  3. Waa syoknya boleh baring2 lagi waktu ni..
    Moga sukses.

  4. hope to here more…. boleh wat buku tu… jual?….hehe , gurau jer. Memamg mencabar membuat sesuatu lari dr bidang,,, pengalaman yang menarik tue.

    Jawapan saye : buat komik bleh la..huhu

  5. Ujie, aku kagum dengan semangat ngko nih. Bangga aku jadik kawan ngko. Anyway, gud lak untuk kerjaya baru ngko sebagai Perunding Pelaburan CIMB. Aku yakin ngko buleh buat punye.

    Jawapan saye : thanks beb

  6. ujie.. ko jd CIMB investment consultant erh? aku ada masuk unit trust cimb wealth advisor.. tp dah lama tak aktif.. acc double growth fund.. ko active5 bleh? eheheh :d

  7. Mungkin rezekiku masih belum ada di bidang perniagaan biar berkali-kali ku mencuba. Tapi bukan aku – jangan lagi kau sesali keputusanku….

    Jawapan saye : Anak Melayu pantang mengalah!

  8. A’kum…uojie…aku pun nak joint ko….jadi wealth advisor….tapi aku taknak berenti kerje.

    Jawapan saye : mehle..pas raye gi kelas k..

  9. makan gaji, kerja sendiri.. gaji buta, org gaji..?? pening pala aku la.. anyway, aku cam termimpi2 aku jd princess la.. dok saje tp ade gaji. boleh ke??

    jawapan aku: oh pelisss.. nk gaji kene keje gak tak kira la sendiri ke atau tak sendiri kan.. bezanya, gaji byk kene keje keras2, gaji skit kejelah malas2.. hahahha

  10. where there’s a will; there’s a way..

  11. Apa pun aku sokong keputusan tu. tapi kalau gagal gak orang jawa kata balik kampung tanam jagung. Sebenarnya saya penah jumpa jurutera yang marah bosnya yang tak nak bayar cukai kastam singapura lari dan tanam jagung kat kota tinggi. Dia berjaya… Belajar tinggi bukan nak cari keja je, tapi mengajar cara berfikir matang utk cipta keja cam org cina tu. Belajar utk buat keja bukan cari keja cam org melayu.
    Tapi kalau nak bela kambing ngan lembu bila gagal nanti boleh jumpa saya jie.Prospek lebih baik dan jarang gagal cam saya. cuma sikit ngan banyak je. Bela banyak, dapat banyak- tapi keja pun cuma 4jam sehari. Buat part time pun leh. Cuba rujuk smidec utk free loan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: