Kad Raya – Artifak Peninggalan Zaman Batu!

Siapa dapat kad ucapan raya (bukan kad raya elektronik ye) pada tahun ini, angkat tangan!! Hmm…nampaknya takde sorang pun yang dapat ye? Kad raya; 6-7 tahun dulu, menjadi suatu tanda bahawa anda masih diingati oleh kawan-kawan, sanak saudara, boifren-boiren atau gelfren-gelfren.😉 Tetapi apabila teknologi Internet berkembang pesat pada tahun 2000, ditambah pula dengan adanya kemudahan telefon bimbit, kad raya sudah dianggap artifak zaman batu. Sesiapa yang menerima kad raya pada tahun ini, walaupun hanya sekeping sepatutnya berbangga! (saya dapat 2 keping pada tahun ni😀)

Bercerita tetang kad raya, semasa saya masih belajar di sekolah rendah (1985-1990), kad raya yang saya terima dari kawan-kawan berpuluh keping. Siap letak dalam album dan akan berlumba dengan kawan baik, siapa yang dapat kad raya paling banyak. Ada yang sampai beli sendiri, tulis sendiri, hantar kepada diri sendiri (saya tak ingat sama ada saya melakukan benda yang sama atau tidak. Hiks! Rasanya macam tak..) Petua saya mudah sahaja. Kalau nak dapat kad raya daripada orang, kita kena bagi kepada orang tu dulu. Jangan lupa letak pantun – Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas. Dan kalau kita nak tengok kad raya kita digantung di pokok hiasan di rumah kawan kita, jangan lupa sertakan pantun ini – Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung. Hehe. Kalau dapat kad raya dari cikgu, lagilah bangga.

Semasa di sekolah menengah, kad raya yang diterima sudah berkurangan. Mungkin yang hantar kad raya kepada kita, kawan-kawan yang sudah lama kita tak jumpa. Maklumlah, naik je sekolah menengah, ada yang masuk asrama atau berpindah ke tempat lain. Jadi, sebagai tanda ingatan, kiriman kad raya menjadi pengganti diri. Mungkin juga semasa di sekolah menengah, ada yang dah pandai admire pakwe tu, minat makwe ni. Jadi kad raya digunakan sebagai langkah pertama perkenalan atau mula menjalinkan persahabatan dengan ucapan “Assalamualaikum Suzi (bukan nama sebenar) Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Lebaran. Raya-raya jugak, PMR jangan lupa. Ikhlas dari Anak Pak Mat Tempe“. Begitulah lebih kurang.

Kemudian, apabila mula menjejakkan kaki ke universiti, lagilah tak dapat kad raya. Kalau ada pun, dari mak di kampung (itupun merengek-rengek 10x mintak mak kirim kad raya! Bukan ape, nak act sikit ngan kawan-kawan). Ataupun masa ni dah ada steady boifren/gelfren yang bagi kad raya bermuzik. Kalau boleh, setiap masa nak baca kad raya yang boifren/gelfren bagi tu sampai bateri lemah. Haha! Ini bukan cerita saya, cerita orang lain ye.

Tahun 2000 saya mula bekerja, Internet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Saya sudah malas mengirim kad raya sebaliknya hanya mengirim kad raya elektronik saja. Cepat, jimat dan mudah! Saya biasanya mengirim kad raya melalui http://www.123greetings.com. Cantik dan bermacam-macam pilihan. Di samping itu, kita juga mengirim ucapan hari raya melalui SMS dan MMS. Salah satu SMS yang biasa saya kirim kepada kawan-kawan ialah, “Dagang Pak Malau dagang berlipat, dagang saya mengkuang Mak Limah, kalau teringin nak makan ketupat, jemput-jemputlah datang ke rumah“. Menarik bukan?

Ya kawan-kawan, begitulah perkembangan tekologi menghapuskan budaya mengirim kad ucapan hari raya pada zaman sekarang. Mungkin ada di antara adik-adik atau anak-anak kita yang dah tak tau apa itu kad ucapan hari raya. Dan sebab itu juga saya gelarkan kad raya sebagai artifak peninggalan zaman batu! Setuju?

Send this free eCard

Send this eCard !

Selamat Menyambut Lailatul Qadar!

~ by xxujiexx on October 2, 2007.

8 Responses to “Kad Raya – Artifak Peninggalan Zaman Batu!”

  1. Oiii…aku pun dapat daa kad raya….dua keping gak…sama ngan ko…huhuhu..kalau ko nak bagi jadi bnyk…ko bg aku sekeping..aku bg ko sekeping…ahahahah..

  2. Ko nak kad Raya post tak…

    Boleh SMS alamat ke aku🙂

    Jawapan saye : Alamak..dah lambat la beb…hehe

  3. ujie, aku nak hantar kat ko kad raye tapi aku takde alamat pos ngko. Anyway, nak wish selamat hari raya n maaf zahir. Batin rasanya takde masalah.

  4. Kad raya kosong 2 tahun lepas pun ada lagi ni, tak berantar lagi

  5. kad raya..hhmm dulu pemes gak aku ni dpt kad raya ni. mcm ko gak la siap leh gantung2 lagi. tp thn ni aku dpt 3 kpg je, yg banyak nye sms tak pun ucapan kat frenster tu.. hampeh!! nk gantung mende. tp kan, aku tak kisah le samada kad ke, sms ke, internet ke psl nya aku rasa benda2 tu kalo tamat tempoh aku buang or delete gak. Lagipun, aku rasa cam nyemak je la kalo gantung2 ni sbbnya aku ni bukan org seni. tak pandai nk hias2. hias muka pandai la muahahha..

    di kesempatan ini, aku ucapkanlah slamat ari raya pd korang2 sume.. mana tau tulisan aku ni tak de yg paham sbb aku bukan ank seni, aku ank samsudin. muahhahah skali lagi. maaf zahir & batin.

  6. kad raya always yang terbaik…ader sentimental value tuuuuu

  7. hang raya kat damasara aje kerr…atau sungai choh….best ker raya kat KL ni

  8. Tak tau le saye. Kad raya ni tak penah dapat. Tak de kawan yg sentimental nak antar. Kawan sakit mental ade le. La ni main sms je. Raya ari tu sms dan 3g free malam so sms je la….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: