Raya Dulu, Raya Sekarang

Sedar tak sedar, lagi 3 hari umat Islam akan menyambut hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa penuh; Hari Raya Aidilfitri 1428H. (yang puasa tak berapa penuh, sila sambut Deepavali, CNY atau Pesta Keamatan ok!) Dalam keghairahan menyambut kedatangan Syawal ini, kita seringkali terlupa kepada Ramadhan yang bakal kita tinggalkan. Ramadhan bulan penuh keberkatan, rahmat dan segala macam kebaikan yang terdapat di dalamnya.

Ramadhan juga membuka banyak pintu rezeki kepada para peniaga, usahawan, anak-anak yatim dan fakir miskin. Para peniaga dan usahawan pastinya begitu bersemangat mencari rezeki dengan berniaga pada bulan Ramadhan ini. Lihat saja di PARAM-PARAM (Pasar Ramadhan) sekitar KL, penyanyi yang biasa memegang mikrofon, bila tiba bulan Ramadhan pandai pula memegang sudip menggoreng ayam berempah. Jurutera yang biasanya bergelumang dengan habuk di tapak pembinaan, bergelumang pula dengan asap hasil memasak ikan bakar. Cikgu-cikgu sekolah pula, time inilah mengangkut satu kontena kuih raya untuk dijual kepada rakan-rakan seperguruan, guru besar, kerani, tukang kebun dan jangan tidak percaya, ada juga yang menjual kepada murid-murid kelasnya!

Kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan mereka yang serba kekurangan, Alhamdulillah, kedatangan Ramadhan dan Syawal sangat memberi erti kepada mereka. Pada bulan Ramadhan, biasanya wakil-wakil rakyat, persatuan-persatuan, badan-badan kebajikan, stesen TV dan orang-orang kenamaan berlumba-lumba memberi sedekah kepada mereka ini. Inilah masa untuk mereka merasa berbaju baru, berkasut baru dan merayakan Aildilfitri sebagaimana orang lain.

22 tahun yang lepas, semasa saya dalam darjah 1, wakil rakyat kami iaitu Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib (dulu beliau bergelar YB saja) bersedekah baju dan duit raya kepada anak-anak yatim. (saya menjadi anak yatim ketika berumur 6 tahun) Pada ketika itu, Allah saja yang tau gembiranya hati saya bukan kepalang. Saya masih ingat lagi, kain untuk membuat baju raya yang saya terima itu berwarna biru. Mujur juga ibu saya seorang tukang jahit. Jadi, kami tidak perlu membazirkan wang mengupah orang menjahit baju.

Kalau kanak-kanak sekarang main terjah saja mengutip duit raya walaupun dari rumah orang yang tidak dikenali, seingat saya, saya tidak pula begitu. Saya hanya menjalankan misi beraya di rumah jiran yang sudah tentu saya kenal dan masak sedap-sedap. (kecik-kecik pun dah kuat makan!) Kalau dapat duit raya, itu kira bonus. Itu seingat sayalah. Entah-entah saya beraya 2-3 kali di rumah yang sama yang bagi duit raya seringgit. Hihi. (Tahun 1980an, tuan rumah yang bagi duit raya seringgit, bolehlah dianggap orang ada-ada)

Apabila sudah bekerja, giliran saya pula memberi duit raya. Dekat-dekat nak raya, rasa macam nak pitam. Sebab mengenangkan kena bagi duit raya kan? Tapi, apa salahnya. Setahun sekali bersedekah.😉 Saya juga ada pengalaman papa kedana di waktu raya. Insiden itu berlaku semasa raya tahun 2003. 2 minggu lagi nak raya, kereta saya accident. Saya sondol bontot Wira seorang lelaki India. RM150 melayang. Syarikat tempat saya bekerja pula, bagi gaji cukup-cukup makan. Tak silap saya, setiap seorang dapat gaji RM500 saja sebelum raya. Sedih, kan? Baju raya pun saya tak dapat beli. Nasib baik kakak saya beri kain untuk dibuat baju raya. Saya minta mak saya potongkan kain itu dan saya jahit baju saya sendiri. Bila dalam keadaan terdesak, semua benda boleh buat. Tapi bila dah tak berapa miskin, baju raya main tempah je. Padahal, kalau jahit sendiri, dah jimat 40-50 hengget!

Kuih raya pula, saya tak berapa minat nak buat (ke tak reti?) Saya biasanya suka masak kek cokelat atau buat biskut batik saja. Kuih raya, bagi chance pada orang lainlah. Kesian Kak Senah tu kalau saya tak beli kuih raya dia. Hiks! Tapi saya ada pengalaman menjual kuih raya. Kawan minta saya tolong jualkan. Saya paksa budak-budak ofis dan boss saya beli. Dapatlah saya kuih raya free 2 bekas. Ok lah tu kan.

Selain itu, lagu raya pun memainkan peranan penting bagi menimbulkan mood berhari raya. Rangkaian lagu-lagu raya malar segar masih menjadi pilihan saya berbanding lagu raya yang dicipta oleh komposer-komposer baru. Cuba kita bandingkan lirik dan melodi lagu raya yang ditulis oleh P.Ramlee dengan..Entah, siapa ya?(tengok, komposer pun saya tak kenal) Lagu raya lama lebih menekankan aspek bermaaf-maafan, keinsafan, memuji kebesaran Allah dan sebagainya berbanding lagu raya zaman sekarang yang tertumpu kepada kegembiraan bermain mercun! Tidaklah semua lagu raya zaman sekarang begitu. Ada juga yang sedap seperti lagu Aishah dan Siti Nurhaliza. Tapi lagu raya yang saya tak boleh terima ialah lagu Awie (ke Wings?) Lagu raya, bunyi macam lagu nak buat konsert Rock. Oh! Pelllisss.

Tak kira zaman sekarang atau zaman dahulu, yang penting pengisian kita menyambut hari raya tersebut. Jangan lupa bermaaf-maafan, kunjung mengunjung dan merapatkan silaturrahim ya. Oh! Ada juga yang makan nasi minyak di musim-musim raya ini. Jadi di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya coretan saya ada yang menyinggung atau mencuit hati anda. Saya hanyalah seorang Ujie Brutal dan Mapia. Kalau berkesempatan ke Kuala Selangor, (kalau berani) singgahlah ke Kampung Kuantan. Saya ada di sana mungkin hingga 3-4 hari. Kalau ada rezeki anda, boleh merasa rendang daging landak.

Kepada yang memandu, “Don’t Sleep and Drive”. Bahaya tu. Penumpang di belakang, jangan lupa pakai tali pinggang keledar. Kepada yang sedang berdiet, teruskan diet anda. Jangan main bedal je segala benda (Oh!Ya. berat saya turun daripada 59kg kepada 50kg di bulan puasa ni. Terima kasih Tummy Trim…) Hahah! Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL MULIA dan MAAF ZAHIR & BATIN.

raya.png

~ by xxujiexx on October 10, 2007.

5 Responses to “Raya Dulu, Raya Sekarang”

  1. oiit!! bila baca coretan ko tu, aku ok lg. yg tak tahan tu bab gamba ni. mak tekezuuutt nyahh.. mak tak sangka ko leh posing ala2 cipan yg sopan tp tetap brutal. berbaju kurung di hadapan sejambak bunga ros merah dan tangan bersign brutal gitu.. ahakss ko mmg superbb!!

    aku ni kan, raya2 ni dh tak berapa meriah sgt la. yg meriah n suka sgt tu adik2 aku yg dua org kat umh ni. nak kasut raya, baju raya, rantai raya.. mcm2 ler.. oh ya! bunga api raya pun dorang nak gak.. aku tak nak la mengecewakan dorang kan so, aku orde kan lah jugak sket sebanyak.abg polis, jgn tangkap saya!! hahahha

    dulu2 masa aku kecik2, aku suka gak g beraya ntah umah saper2. time nk bg salam je aku je la yg kene sbb dorang (abg2 aku n kawan aku) kata sore aku best!! hahhaha.. tp aku tau sebenarnya dorang nk kenekan aku tu mentang2 la aku paling kecik time tu.

    dan yg best nye bila balik sg. choh. kadang2 mlm raya kitorang dah lepak kat umh arwah nenek yg diwasiatkan kepada mak aku. lepak kat umh tu n kitorang wat meriam buluh. dgr je bunyi meletup ka ceruk sana, kitorang pun jalankan misi meletupkan meriam kitorang. kiranya ni lawan sape bunyi paling kuat la.. mak lak kadang2 dgr dia terjerit2 melatah sbb terkezuutt beruk ngan bunyi bahan letupan tu. jgn tangkap saya abg polis! skrg saya dh insap.

    dan yang paling memuncakkan keadaan ialah bila beraya n dpt duit raya.. slalunya aku la yg paling byk dpt duit raya sbb aku rajin ikut mak berkunjung, menziarahi dan menadah tgn di umh sanak saudara. beratus2 aku dpt kumpul. ade skali tu aku sibuk mengira duit sampai tak sedar duit aku tercicir. bayangkanlah, duit yg dh aku berjaya kumpul sebyk rm100++ ilang begitu sahaja. balik umh sah2 la aku kene jd bahan gelak. masa tu mak /ayah sibuk la pujuk aku supaya sabar n dorang kata akan ganti balik. aku angguk2 geleng2 je la..

    eh2 aku ni nak komen ke nak wat blogs sdr ni. tak sedar lak mcm dh take over jie ko punya page ni. tp conclusion nya lah kan, raya time aku kecik2 dulu lg best.. ni dh tua, tp stil best gak sbb dpt ngadap tv tgk pilem2 baru dan lama. (even ko kata itu duniawi jie tp aku tau ko pun sama tgk gak, ahakss). oklah slamat bergumbira di hari raya.. sekian.

  2. Raya adalah bagi merayakan kemenangan kita berpuasa sebulan. Tapi yang tak penuh puasa sebulan pun bole gak raya. Janji rock! tapi brader tak janji tau…

  3. nak komen gak la…eeee..x sangka ujie nih ade bakat terendam tulis blog..bagus2..multitalent…bila la kite nk jumpe nih jie…akak baru balik..ni coti raye..pastu start bz balik…bile jie nk jumpa..website akak tu dah tersadaiii brp lama daaaa..

    Anyway Selamat Hari Raye ok jie…kalu dtg s.alam..calling2 la..(kalu akak ade kat umah..tu lehla dtg beraye:D)..

    Jawapan saye : Saya pun tak sangka saye bleh menulis. Ingatkan pandai mengarang surat cinta je.Opss..kan dah kantoi..huhu

  4. emmmmmmmmmm mak xsangka nyah lu pandai karang mengarang ni……. cayalahhhhhhh

  5. Jie,
    Saya ada lagi ke daging landak tu? Nak sikit!!!!!
    Lagi satu, nak landak tu idup idup bleh tak? Nak buat pet la. Bela arnab kena kejar kucing ngan anjing, abis mati. Kalau landak sure meninggal dia orang. Brape utalharganye. Serious ni, call saya jie kalau betul betul ada. Tipu kalu, wa landakkan rambut U!!! he..he joke utk mapia br

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: