Berbagi Suami

Saya baru sahaja habis menonton filem Berbagi Suami di Astro Ria. Semasa tayangan di pawagam pada tahun lepas, saya tidak sempat menontonnya. Bagus juga ceritanya. Membuatkan saya tergelak sendiri. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang lelaki boleh menjalani kehidupan dengan tenang dan aman damai sekiranya beristeri empat. Salah satu plot dalam cerita tersebut ialah ketiga-tiga isteri lelaki itu mendapat tahu yang mereka bermadu dengan isteri ke-4 ketika upacara pengebumian suami mereka! Lawak betul.

Bagaimana agaknya jika saya berada di tempat salah seorang daripada mereka ya? Hmm..nauzubillah. Minta dijauhkan. Biarlah tidak mendapat payung emas di syurga. Untuk berkongsi kasih tidak sama sekali. Tetapi, kalau sudah begitu suratan yang telah Allah aturkan untuk saya, apa daya saya untuk menolaknya. TIDAKKKKKKKKKK!!! Walau bagaimanapun, selagi akal fikiran saya masih waras, suami orang bukanlah pilihan saya.

Berkongsi kasih memang menyesakkan dada. Sekiranya kita sakit hati orang mengambil hak kita, begitu juga perasaan orang yang diambil haknya. Perempuan, apabila sudah berkahwin, jiwa dan raganya hanya untuk seorang lelaki. (Bukan pengalaman saya.😀) Berbeza dengan lelaki, hatinya boleh dibahagi 4. Lebih teruk lagi boleh dibahagi 10! Ya, saya tau, lelaki boleh berkahwin 4 tetapi mampukah si suami tadi berlaku adil, zahir dan batin? Kalau soalan yang satu ini tidak boleh dijawab, simpan saja niatmu itu wahai Encik Lelaki. Gaji tak sampai RM2000, pergi kerja pun naik motor kapcai, ada hati nak beristeri lebih!

Sepertimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 3 yang berbunyi :

وان خفتم ألا تقسطوا في اليتامى فانكحوا ما طاب
لكم من النساء مثنى وثلاث ورباع فان خفتم
ألاتعدلو فواحدة أو ما ملكت أيمنكم ذلك أدنى
ألا تعولوا

“Dan jika kamu tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (apabila kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
(An-Nisa: 3)

Dalam bab berpoligami, lelaki biasanya akan mengguna pakai ayat yang saya boldkan di atas saja dan terlupa pula untuk mengambil kira ayat yang saya merahkan itu. Sedangkan mereka tahu, mereka tidak boleh berlaku adil. Adil tak adil belakang kira, yang penting kenikmatan beristeri baru!

Ayat berikutnya Allah s.w.t berfirman :

ولن تستطيع أن تعدلوا بين
النساء ولو حرصتم فلا تميلوا كل الميل
فتذروها كالمعلقة وأن تصلحوا وتتقوا فا ن
الله كان غفورا رحيما

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walau
pun kamu sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain tergantung-gantung, dan jika kamu melakukan kebaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(An-Nisa: 129)

Ya Encik Lelaki, sekiranya anda tahu dengan berpoligami anda akan menyusahkan banyak pihak, padamkanlah niat anda itu dengan kadar segera. Kasihanilah isteri dan ibu kepada anak-anak anda itu. Entahlah, bagi saya poligami lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Hanya segelintir sahaja yang menemui kebahagiaan dengan berpoligami. Yang lain? Banyak kes-kes wanita yang dimadu dibiarkan terkontang-kanting menyara anak bersendirian. Digantung tidak bertali oleh suami durjana dan terdapat juga kes-kes mahkamah syariah yang masih tertunggak walaupun suami isteri itu sudah tidak sebumbung selama 10 tahun!

Yang menerima kesan paling buruk, tentulah wanita. Lelaki senang saja. Mengulit isteri baru dan isteri lama diperlakukan seperti kain lap kaki sahaja. Jangan cuba nak menafikan hakikat ini ya.

Besar harapan saya agar masih ramai lelaki yang baik-baik di luar sana. Itulah doa saya setiap hari. Amin…

~ by xxujiexx on October 20, 2007.

7 Responses to “Berbagi Suami”

  1. layan jugak cite tadi..sampai aku tak berapa tengok bola plak pasal layan cite tu..wahai sang wanita…carilah payung emas…hehe

    Jawapan saye : Payung emas? Boleh blah!

  2. Betul tu kak ug oii.. lin kalau dgr jek psl laki2 yg GATAL nie leh menyirap gila2… hehehe..memang anti perempuan dan laki2 gatal… huhuhu

  3. Ish, payung emas sgt lah.. byk lagi cara yang leh buat nk masuk syurga tue.. jgn dambakan payung emas, cukuplah payung biasa yang boleh lindungi diri.. janji payung.. hehee

  4. Ujie,
    Payung emas tu tak dapat pun tak pe. Sokong cite tu. Tapi dalam ayat tu bhg yang kedua ada lak kelonggaran plak. Dia kate kalau hamba sahaya tu tak yah kawin kan? Saya ingat kalau Jie jadi hamba sayakan, selesai masalah tu…… Jangan marah reaya ni ( maaf gurau )

    Jangan tolak ayat tu, yang salah lelaki atau mungkin perempuan sekali. Kehendak manusia selalunya melebihi batasan yang menjadikan semua susah. kesederhanaan dan perkongsian yang penting. Kalau perkongsian hidup itu baik, maka tak perlu beristeri 2,3,atau 4.

    Bahagia bersama dan musyawarah adalah yang terbaik. Melemparkan ego sendiri akan memberi ruang utk bermuhasabah. Saya kurang bersetuju utk kahwin ramai tapi kena ingat jodoh ujie tak tau lagi dengan siapa. Allah menjadikan wanita itu drpd tulang rusuk lelaki sebelah kiri danitu adalah jodoh anda. Wallahualam,

    Jadi kena beringat jgn terlalu menidakkan hukum Allah kerana disebalik itu ada ketentuan.

    Lelaki boleh mencari berbagai alasan untuk curang, namun ketentuan Allah tetap sama. apa pun tipu helahnya, dia sendiri yg kena. Wanita yang sabar walau terhina dan dianaya, surga baginya sentiasa menanti. Tapi kalau blh jangan buat sehingga anda redha kerana itu anda akan mengalah demi kebaikan.. wallahuallam.

    Untuk nadi, don’t be too harsh, if U are married then becareful of your own husband/wife or otherwise if not then becareful, course it mightr happen to U. At that moment u’ll said it is my fate and love is blind but above of all, God put a test on us sometimes because of our own mistakes and boastful ideas.

    Apa pun Saya memohon ribuan ampun dan maaf sempena hari raya ini,dan apa yang terkata dan terkasar bahasa semasa kita bekerja bersama. demi Allah, itu semua adalah gurauan semata. Sekiranya ujie terasa atau terhina datas kata2 tu, maaf dipohon sekali lagi. Kalau perlu kite open table kat seksyen 15 bangi. wassalam

  5. sume cakap pasal payung emas la, payung ujan la.. aku nak payung (umbrella) rihanna la.. layan gak lagu dia.. ela3 hey3.. hehehe.. aku tak sanggup bermadu tapi kalo kata dapat hint dimadukan aku bawa ank2 aku lari dari sini. lepak kat kota london la memandangkan sedara sepapat aku banyak bermastautin di sana. kepada laki ku, kalo ko berani madukan aku,ko takkan jumpa ank2 ko lagi.. hahaha!! b4 dat, aku kerat2 *#@%& ko!! ini amaran ye..!!

  6. Apa la fieza ni, sikit sikit nak lari. Jauh lak tu, ingat tiket murah ke? Gi la siam ke, jimat sikit.

  7. sekadar kisah untuk renungan bersama

    Wassalamu’alaikum wrt wbt
    Assalamu’alaikum wrt wbt

    Alhamdulillah. Betul kata Sdr Zaidi tu. Cuma umi nak
    tambah sikit iaitu Puan hendaklah berusaha ke arah
    mewujudkan mawaddah wa rahmah – kasih sayang dalam
    berkeluarga. Puan perbetulkan hubungan dengan Allah
    dengan melakukan yang terbaik dalam beribadah
    kepada-Nya iaitu ikhlas serta menurut syarak.

    Selain itu berlapang dada dengan taqdir Allah iaitu
    menjadi isteri kedua kepada seorang bergelar Ustaz.
    Ustaz ni pun manusiakan bukannya malaikat. Cuma
    kelebihan ilmu yang ada padanya. Namun masalah
    berpoligami ini sekiranya tidak ada keseimbangan maka
    seorang Ustaz pun boleh bingung juga.

    Jadi Puan bersabar dulu dan bersyukurlah kepada jodoh
    yang ada ni. Usahakan ke arah menjadi seorang isteri
    yang solehah. Layanlah suami seikhlasnya bila dia
    datang ke rumah Puan ya. Dan bila dia tinggalkan rumah
    Puan maka lepaskan dia dengan senyuman dan hati yang
    ikhlas. Jangan sekali-kali biarkan suami dengan hati
    dan minda yang berserabut. Maknanya Puan kena sabar
    dan tidak menambah masalah dalam fikirannya. Lagipun
    Puan tahu suami puan sudah beisteri dan ada anak
    sebelum bernikah dengan puankan. Maka sabarlah ya.

    Disamping itu jadikanlah solat dan munajat teman setia
    puan. Bersyukurlah dengan apa yang ada ya.

    Wallahuta’ala a’lam bissawab
    Wassalamu’alaikum wrt wbt
    ummimq
    http://groups. yahoo.com/ group/anak_ ummi/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: