Indahnya Beraya di Desa

Indahnya beraya di desa,
Kaya dan miskin sama meraikan,
Mengikut kemampuan diri sendiri,
Bergembira
♫♫♫

Kunjung mengunjung diamalkan,
Bertukar juadah tanda berjiran,
Sebuah desa bagaikan bersaudara,
Oh seronoknya
♫♫♫

Bagaimana beraya di desa? Tentu seronokkan? Tahun ini seperti biasa, saya beraya di dua tempat. Kampung Sungai Choh dan Kuala Selangor.

Walaupun sudah berpindah ke Bukit Beruntung lebih 4 tahun, solat hari raya pasti akan saya tunaikan di Masjid Kampung Sungai Choh. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain mercun. Hiks.

Usai solat sunat Aidilfitri, saya dan mak terus menuju ke rumah arwah atuk dan nenek. Pakcik saya tinggal di rumah itu sekarang. Sempat juga berjumpa makcik, pakcik dan sepupu-sepupu yang datang dari Serendah. Seperti biasa, agak pitam dan sesak napas sebab kena bagi duit raye😦 Hehe.

menmanja.jpg

Saya dan salah seorang sepupu-Fairus

Selepas bersalam-salaman, bermaafan-maafan, saya dan mak bertandang pula ke rumah jiran kami semasa tinggal di Sungai Choh. Kebetulan kawan lama saya yang sudah 16 tahun tidak berjumpa – Chiko (cam nama kucing, kan? Jangan marah ye beb, hiks!), datang juga ke Sungai Choh menziarahi saudara maranya di sini. Sempatlah bertepuk bertampar 5 minit. Dia mengutuk saya dah gemuk. (Takpe, nanti aku eksesais!)

menchiko.jpg

Bersama Chiko (bukan nama sebenar). Nama sebenar Hafizah.😉 Gemuk ke gua ni beb?

Kemudian, saya dan mak menziarahi boifren mak saya di batu 2. Walaupun sudah 23 tahun boifrennya meninggalkannya, mak masih lagi setia. Saya berdoa dan berharap, sekiranya saya mendirikan rumahtangga nanti, saya juga akan sesetia mak. (Abah, orang sayang abah tau…Semoga abah bahagia di sana..Amin..)

Bertolak dari kubur Kampung Sungai Choh lebih kurang jam 1 tengahari dan sampai di Kuala Selangor 45 minit kemudian. Terdengar riuh rendah suara sepupu dan anak buah dari dalam rumah melayan tetamu. Raya tahun ini, anak buah (anak sepupu saya) yang masih belajar di UM membawa 2 orang rakannya balik ke kampung beraya bersama-sama. Chee Cia Cia; gadis Cina dari Kuching, Sarawak dan Farlin; Cina-Kadazan dari Menggatal, Sabah teringin meraikan hari raya di sini. Kami menggelar mereka kucing menggatal. Huhu. Sungguh ayu melihat mereka berbaju kurung dan kebaya. (Baju anak buah saya). Kami keliling kampung beraya bersama-sama. Seronok betul! Cia dan Farlin pun dapat duit raya. Sabar ajelah.

 

 

farlincia1.jpg
Farlin, Azlyna dan Cia

menolien.jpg
Bersama salah seorang anak buah – Salyna (sila abaikan dagu berlapis)

menazlyna.jpg
Bersama seorang lagi anak buah – Azlyna

Hari raya kedua, kami mengadakan sedikit kenduri doa selamat. Untuk kaum keluarga sahaja. Nak tau lauknya? Udang galah yang dipancing sendiri oleh suami sepupu saya. Nyam-nyam! Isterinya, iaitu sepupu saya merupakan pengusaha sampan. Setiap hujung minggu pasti kaki-kaki pancing dari KL akan turun menyewa sampannya untuk melepaskan gian memancing. Ok, meh kita tengok gambar ya.

 

udangblommasak.jpg
Sebahagian udang yang belum dimasak. Talam tak muat

udangmasak.jpg
Udang yang sudah disambal. Tu tangan sape la tu

udang1.jpg
Saya sempat bergambar dengan udang. Besar kan?

Sedikit IKLAN : Sesiapa yang ingin memancing udang, boleh menghubungi sepupu saya Puan Rokiah di talian 03-32812084/017-3867376. Harga sewa sampan untuk sehari ialah RM15-RM25 bergantung kepada saiz sampan.

 

 

Saya menghabiskan cuti saya 6 hari di Kuala Selangor. Puas betul bercuti tahun ni. Berjalan ke Ampang, Klang hingga ke Behrang. Masa inilah nak menziarahi saudara-mara kerana pada hari-hari biasa, kita terpaksa memenuhi tuntutan tugas seharian yang tidak pernah habis. Hmm..

 

family.jpg
Sebahagian daripada keluarga besar kami

Sebelum saya mengakhiri tulisan saya, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN.

 

~ by xxujiexx on October 20, 2007.

5 Responses to “Indahnya Beraya di Desa”

  1. eeii ye la.. kuwus aku ni rupanya dari ko ujie!! areba2.. cute lak muka aku tu kan.. silap2 orang ingat aku ni solo lagi.. perghh!! (tp sila2lah abaikan jerawat aku tu ye.tau la kan org lain tu raya pertma tp aku aritu dah raya ke-6. hikhikhik)

  2. uiss,….bestnya udang tu ujie…bwk la aku pi mancing ujie…suka aku tgk udang2 tu…huhuhu

  3. hai akak uji…. kami dari kumpulan enershia yang gagah ingin mengucapkan slmt hari raya dgn permintaan bila open housenya… kami dah lapar ni.

  4. kirim salam kat awek yg bertudung oren tu ekhhh.. apsal le dia lg sweet drpd kau..heeheeeeeeeee

  5. gebula tgn yg diatas sambal itu…. pakai lotion ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: