Miskin Selepas Pencen?

Miskin selepas pencen? Sudahkah anda bersedia menempuh alam pencen anda? Kalau panjang umur sehingga 75 tahun, kita mempunyai 20 tahun lagi untuk hidup selepas bersara. Kenyataan ini sangat menakutkan bagi mereka yang punca rezekinya bergantung semata-mata kepada gaji bulanan tanpa ada pendapatan sampingan yang lain.

Sebagaimana yang kita tahu, pekerja di syarikat swasta biasanya mencarum di dalam KWSP – Simpanan Hari Tua Anda (sebenarnya Simpanan Hari Tak Berapa Tua) sebagai persediaan menempuh waktu berpencen nanti iaitu ketika berumur 55 tahun. Bagi pekerja di perkhidmatan awam pula, selepas berkhidmat selama 3 tahun mereka akan diberi pilihan sama ada untuk terus mencarum dalam KWSP atau memilih untuk menikmati elaun pencen apabila mereka bersara nanti.

Pencarum-pencarum KWSP, akan menerima sejumlah wang yang agak besar apabila mereka bersara. Menurut laporan Utusan Malaysia – Jumaat, 19 Oktober 2007, purata simpanan seorang pencarum apabila mencapai usia 55 tahun nanti HANYA RM114,000! Wow!!!RM100,000++? Banyak tu. Tapi, apakah nilainya RM100,000 itu 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? Pernahkah saudara pembaca terfikir tentangnya? Dengan RM114,000, pesara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi menampung hidup sehingga usia 75 tahun. Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

kwsp1.jpg kwsp4.jpg kwsp5.jpg

Keratan Akhbar Utusan, Jumaat 19 Oktober 2007

20 tahun yang lalu, ketika saya berumur 9 tahun, saya hanya membawa 50 sen ke sekolah. Itupun wang belanja untuk sekolah pagi dan sekolah agama di sebelah petang. Air sirap baru berharga 10 sen dan nasi lemak hanya berharga 20 sen. Tetapi apakah nilai 50 sen sekarang? Semalam, semasa saya bertemu dengan client di Plaza Alam Sentral Shah Alam, harga untuk masuk ke tandas saja sudah 50 sen! Apa ni?

Tahun 2006, kerajaan mengumumkan bahawa inflasi negara hanya 4.3% setahun. Peratusan itu merupakan purata inflasi di seluruh negara termasuk inflasi di Gua Musang, Keningau, Hulu Tembeling (sekadar menyebut beberapa tempat) dan semua kawasan-kawasan pendalaman yang lain. Malangnya, kita tidak duduk di kawasan pendalaman wahai saudara saudariku sekalian. Kita tinggal dan mencari rezeki di bandar-bandar besar. Adakah anda sedar sebenarnya inflasi di Lembah Klang bukanlah 4% setahun? Mungkin 9%, 10% atau lebih! Info inflasi di Wikipedia klik di sini

Apa itu INFLASI? Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi yang mana berlaku kenaikan harga (barang dan perkhidmatan) yang berterusan. RM100 pada 20 tahun yang lepas tidak sama nilainya dengan hari ini. Dahulu, dengan RM100 kita mungkin dapat membeli baju raya untuk satu keluarga yang mempunyai 5 orang anak. RM100 sekarang bagaimana? Tudung Datuk K (Jenis tudung yang menjadi kegilaan kaum wanita sekarang. Berbatu permata berbentuk misai Datuk K) sahaja sudah RM85 sehelai. Saya tak dapat bayangkan bagaimana orang perempuan sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk membeli tudung Datuk K (walaupun saya seorang perempuan). Mungkin sebab saya brutal. Hiks!

Inflasi bagi saya adalah VIRUS MONEY. Virus yang akan memakan nilai duit kita. Dengan kenaikan harga barang, harga petrol dan tol yang tiada berpenghujung, saya tidak tau bagaimana keadaan hidup kita 10-20 tahun akan datang. Masalahnya, harga barang meningkat tetapi gaji masih di takuk lama. Penjawat jawatan di dalam kerajaan mungkin tidak kisah kerana setiap tahun mereka akan menerima kenaikan gaji dan BONUS! Bagaimana mereka yang bekerja di sektor swasta. Pengalaman saya sendiri, gaji yang saya terima di syarikat lama adalah sama sahaja sejak mula berkhidmat hingga hampir 3 tahun bekerja. Walaupun sewaktu itu, hidup matiku hanya untuk kampeni kononnya!

Berbalik kepada soal miskin selepas pencen, menurut satu laporan akhbar, 72% pencarum KWSP menghabiskan wang KWSP mereka selepas hanya 3 tahun bersara! Betul ke ni? Saya percaya dengan laporan ini. Mana tidaknya, apabila bersara dan boleh mengeluarkan semua wang yang dicarum di dalam KWSP, mulalah sang isteri meminta gelang besar dan dapur besar. Si suami pun menurutkan sahaja kehendak isteri untuk membina dry kitchen dan wet kitchen. Untuk renovation dapur sahaja sudah memakan RM10-20 ribu.

Si anak pula, baru habis belajar dan belum bekerja sudah gatal hendak berkahwin. Si abah, disebabkan hendak sangat menimang cucu dan bergelar Datuk, sanggup pula membiayaai majlis perkahwinan si anak. Hiasan pelamin nak guna khimat Pak Abu (penghias pelamin Erra Fazira). Baju nikah tak nak guna khidmat Man Sentul, tetapi nak guna khimat Man Kajang. Sepasang baju sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Jadinya, biaya perkahwinan anak sahaja sudah RM20-30 ribu.

Lebih teruk, lepas bersara si abah tadi terasa pula nak berbini baru. Yelah, mak dah dapat dapur baru dan anak pula dah dapat suami/isteri kan? Perkahwinan si abah mungkin tidak mencecah puluhan ribuan ringgit. Maklumlah kahwin di Siam saja (takut bini lama tau). Tetapi kehidupan selepas berbini baru siapa pula nak menanggungnya? Lebih dahsyat lagi, dapat anak kecil pula. Semua perbelanjaan-perbelanjaan inilah yang menyumbang kepada habisnya wang KWSP pencarum walaupun baru 3 tahun bersara.

Keadaan inilah yang memaksa si bapa tadi kembali bekerja. Ada yang bekerja sebagai pak guard. Ada pula yang menjadi tukang kebun sekolah dan sebagainya. Kehidupan hari tua yang sepatutnya diisi untuk menambahkan amal ibadat, terpaksa dihabiskan untuk mencari rezeki bagi mengisi tembolok anak dan isteri.

Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk mengelakkan miskin selepas pencen ini. Kita yang bekerja makan gaji sepatutnya sudah mula menyimpan dan berjimat cermat sejak mula bekerja supaya kita mempunyai simpanan yang cukup apabila bersara nanti. Tidaklah hanya mengharapkan duit KWSP yang seco’et itu sahaja. Selain itu, duit KWSP itu kita laburkan dengan membeli rumah atau memulakan perniagaan. Sekurang-kurangnya kita mempunyai pendapatan tetap walaupun sudah bersara.

kwsp61.jpg kwsp2.jpg kwsp31.jpg

Satu cara lagi yang paling penting ialah MELABUR DI DALAM CIMB UNIT TRUST. Saya boleh membantu anda. Sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada ujie at ujie dot com atau telefon 017-3189306/016-2237148. Hiks!

~ by xxujiexx on October 23, 2007.

8 Responses to “Miskin Selepas Pencen?”

  1. Apa la jie,kesitu lak. Tapi ye la,pencen dan kwsp tu dalam jagaan diri masing2. Tepulang macamne nak tadbir.Betul caranye wang tu akan berkembang. Sokong unit trust tapi macam fix deposit ke? 100 ribu brape dpt sebulan lpas setahun?

  2. satu pandangan yang baik…..
    saya setuju!

  3. nie semua ayat “marketing”….jie…tahniah..skill marketing ko dah makin memberansangkan…..bila nak “ayat” aku lak untuk invest nie….jangan pen pun ko minta ngan aku nanti….kene sekolah lagi kang…

  4. matilah, lebih-lebih lagi banyak menteri sekaran makan duit, untuk jaga sendiri, inflasi akan berlaku tak lama lagi macam di brazil dan argentina jatuh bankrapt, kwsp duit akan digunakan untuk bayar hutang negara yang belum selesai. habis cerita, makan tanah, makan simen, makan rumput, makan plastik,….

  5. to marzi, u have to understand, if u invest in ut, ur investment for future benefits, its a mid to long term period, its how u multiply your money ( in us, ut takes to 20 years to reap the “rewards” ) dont be greedy, u must understand your concept and what your purpose, of course to be ready and combat what ever outcome in economy look like in 10 years ahead.

  6. apela Chua Teng Chiew, ut ni bank back, maksudnya kena comply dengan SC, bukan ut’s state tu. of course people or fund manager tu = competence , yg reliable yang ada good track experience bukan nye adik bradik politician tg tak tahu semende.
    Why dont five urself an open mind eyes and ear to understand ut.
    then i believe everyone want to have a comfort life in year ahead…

  7. Pak Cik memang dah dekat nak bersara. Tulisan anda ada betulya. Pak cik memang ada simpan duit dari mula-mula bekerja.Masa itu pakj cik berharap hanya akan keluarkan duit bila telah pencen. Namun ia tak jadi kenyataan. Sebaliknya terpaksa dikeluarkan kerana kos sara hidup meningkat dengan pantas.yuran sekolah anak sekolah pagi dan petang, bayaran tuisyen, bil-bil (letrik, air, talipon, astro, internet), kos pengangkutan ketempat kerja, pinjaman pendidikan, jemputan kenduri, bayaran rawatan, pinjaman perumahan membelenggu kehidupan pakcik. Yang Dasyatnya terpedaya dengan jualan resort oleh jutawan melayu.Kononnya pembelian resort itu sesuatu yang menguntungkan, namuan sebaliknya yang terjadi.Dia dapat duit beratus juta dengan pinjaman yang beratus orang buat. Beratus orang jadi miskin untuk mengangkat dia jadi lebih kaya.Kalau dia tak buat projek itu pun dia dah jutawan. Tapi dia kenakan kami untuk dia menggunungkan harta nya dan namanya. Pak cik rasa rakyat malaysia akan lebih ramai hidup selesa jika lebih rama orang-orang kaya dan berpengaruh hidup JUJUR. Bayangkan RM900 sebulan keluardari poket anda untuk pelaburan resort yang sebenarnya memberi pulangan rm150 sebulan…..Bila bersara nanti pak cik tiada gaji, cuma pencen.Tetapi pencen tu kena tolak rm900 lagi……JUtawan itu masih lagi ligat dan khabarnya akan buat projek yang besar di pulau banding……….Apakah sejarah akan berulang lagi?

  8. […] Pak cik memang ada simpan duit dari mula-mula bekerja. Masa itu pak cik berharap hanya akan keluarkan duit bila telah pencen. Namun ia tak jadi kenyataan. Sebaliknya terpaksa dikeluarkan kerana kos sara hidup meningkat dengan pantas.yuran sekolah anak sekolah pagi dan petang, bayaran tuisyen, bil-bil (letrik, air, talipon, astro, internet), kos pengangkutan ketempat kerja, pinjaman pendidikan, jemputan kenduri, bayaran rawatan, pinjaman perumahan membelenggu kehidupan pakcik. – Awang […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: