Hati Malaya

Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Rakyat hidup..
Bersatu dan maju..
Rahmat bahagia..
Tuhan kurniakan..
Raja kita..
Selamat bertakhta..

banner.jpg

 

Selepas menonton filem 1957-Hati Malaya semalam, saya rasa lebih patriotik dan cintakan Malaysia. Filem yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba, pengarah tersohor Malaysia dan diterbitkan oleh Pesona Pictures ini memang sangat menyentuh jiwa saya yang brutal (kononnya). Didukung oleh pelakon-pelakon glamer seperti Maya Karin, Rusdi Ramli, Syarifah Amani, Adlin Aman Ramli, Man Bai, Zahim-Albakry dan ramai lagi serta pelakon belum glamer tetapi sangat mantap lakonannya, membuatkan filem berunsur Sejarah ini tidak membosankan langsung!

Sebelum mengajak seorang rakan menonton filem ini, saya tidak menjangkakan filem Hati Malaya semenarik begini. Lakonan pelakon tidak terkenal iaitu Zaefrul Nordin dan Kamarulzaman Taib, yang memainkan peranan sebagai Dato’ Onn Ja’afar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sangat cemerlang. Saya dapat merasakan semangat mereka yang membara semasa menubuhkan UMNO demi untuk menuntut kemerdekaan Malaysia.

Selain mereka, tokoh-tokoh seperti Sardon Jubir (Nasrizal Ngasri), Ahmad Badawi (Iqram Dinzly), Sheikh Abdullah Fahim (Dato’ Rahim Razali) dan ramai lagi turut menyumbang dalam proses mencapai kemerdekaan negara. Barulah saya tau, rupa-rupanya datuk Pak Lah iaitu Sheikh Abdullah Fahim yang mencadangkan 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah. Menurutnya, sekiranya kita tidak merdeka pada tarikh itu, kita harus menunggu 5 tahun lagi.

Selepas menonton filem ini, saya seperti mahu membuka semula buku Sejarah dan mencari maklumat untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi siapakah watak-watak itu yang sebenarnya dalam sejarah kemerdekaan negara kita.

Filem ini tidak meleret-leret tetapi sangat pantas dan penuh informasi. Misalnya setiap babak akan disediakan tarikh dan nama tempat untuk maklumat penonton. Jadi, tidaklah penonton ternganga-nganga untuk mengingati subjek Sejarah yang pernah dipelajari 20 tahun lampau. Hiks! Beberapa babak dalam filem tersebut turut membuatkan saya sebak, meremangkan bulu roma dan mengalirkan airmata (jangan gelak!)

Saya menyeru rakan-rakan pembaca semua menonton filem ini. Saya bagi filem ini 10 bintang. Ajak mak, ayah, atuk, nenek dan moyang anda (kalau ada lagi) menonton filem ini bersama-sama. Pasti memori mereka akan terimbau semula di saat Malaysia bergelut menuntut kemerdekaan daripada pihak British.

Oh, lupa nak cerita. Di barisan hadapan kerusi kami ialah pak aji-pak aji berkopiah yang turut sama menonton filem ini. Mungkin anak-anak yang membawa mereka. Pak aji-pak aji ni sangat berdisiplin. Mungkin sudah dipesan oleh anak mereka jangan bersembang semasa filem sedang ditayangkan. Hehe. Cuma semasa Maya Karin sedang menjerit “MERDEKA!!”, saya terdengar pak aji tu cakap, “hah, pontianak”. Haha. Tergelak kami di belakang.

Jangan lupa ya. Pergilah menonton. Pasti anda akan terhibur dan lebih memahami proses kemerdekaan Malaysia. Saya rasa seperti mahu mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya semua silibus untuk subjek Sejarah dibuat dalam bentuk filem (boleh ke Encik Mazni, Encik Ghazali?). Pasti pelajar-pelajar lebih mudah untuk mengingati fakta. Tentu subjek Sejarah saya semasa SPM dulu A1!

~ by xxujiexx on October 29, 2007.

3 Responses to “Hati Malaya”

  1. g.. bertahun2 aku dok sblh ko.. aku tak tau lak yg ko nie reti mengarang.. cettt.. skett pun ko tak bgtau aku ek.. skett pun ko tak citer kat aku pasal mamat cina tua tuh ek.. oleh itu aku declare yg aku merajuk!!!!!

  2. kalau kamu suka filem sejarah macam “1957 Hati Malaya”, kamu pasti enjoy filem pendek “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka”. Boleh ditonton secara percuma di youtube atau download dari laman blognya.

    Dia cerita pasal sejarah perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya yang tak masuk dalam buku teks, yang dah mula 10 tahun sebelum merdeka!

  3. Ujie,
    Sebenarnye ppk tak lah perlu sampai cam tu nak buat filem bagi guru mengajar. Lagi pun kau dah tak telibat dgn mm lagi. (aku tau le duit blh buat duit) Tapi memadai sekiranya guru itu kreatif dgn membawa pelajarnya tengok wayang atau kalau dia lebih bijak bawa wayang tu ke sekolah.

    takkan tgk cerita tu baru nak naik semangat. Dulu waktu blajar sejarah mesti tak dengar cakap cikgu. Ayah tak penah cerita zaman jepun ke? he….he…he. nak dengar cter datang sinii le… Mintak maaf kerana tak dapat datang beraya kat rumah ari tu. Bukan taknak datang tapiiiiii tak ingat. Sori………. banyak banyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: