Pantang Lalu Untung Samy Naik 10% Tahun Depan

W.T.F!!! Tol naik lagi? PLUS (Pantang Lalu, Untung Samy) bercadang untuk menaikkan kadar tol sebanyak 10% mulai Januari depan. Best betul!! Nanti semua orang tak payah keluar rumah lagi. Tak payah pergi kerja lagi. Duduk sahaja di rumah. Yelah, semua naik. Harga petrol naik. Harga tol naik. Habis, kalau kos keluar rumah sehari sudah RM30, bagi mereka yang bergaji RM1500 dan ke bawah, cukupkah untuk menampung belanja seharian?

Ambil kiraan mudah,

Gaji sebulan = RM1500
Gaji bersih selepas tolak EPF = RM1335
RM30 belanja sehari x 22 hari bekerja = RM660
Baki gaji = RM675

Baki gaji sebanyak RM657 inilah yang digunakan untuk membayar sewa rumah, api air, telefon, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, nafkah isteri, belanja kecemasan, rokok (bagi mereka yang tidak sedar diri duit tak cukup) dan segala macam lagi belanja yang kalau disenaraikan memerlukan 18 helai kertas kajang! Bagaimana ya? Sudah semestinya tidak cukup. Kalau isteri bekerja, mungkin boleh meringankan beban suami. Masalah lain pula yang akan timbul. Siapa yang akan menjaga anak-anak? Upah nursery sahaja sudah RM200 untuk seorang anak. Jadinya, pi mai pi mai tang tu jugak.

Sebab itu, jangan dihairankan jika ada yang tua sebelum waktunya, sewel di usia muda atau tak kahwin-kahwin walaupun usia sudah menginjak ke waktu senja. Kalau diri sendiri tidak dapat ditanggung, bagaimana pula nak menanggung anak bini.

Jauh sudah saya melalut. Saya nak cerita tentang kenaikan harga tol tadi. Seperti yang kita tahu, Lebuh Raya Utara-Selatan mula dibina pada Mac 1988 oleh United Engineers (Malaysia) Berhad dan diberi hak mereka bentuk dan mengendalikannya, termasuk mengutip tol selama 30 tahun iaitu sehingga 31 Mei 2018.

Pada 20 Julai 1988, UEM menyerahkan segala tanggungjawab terhadap Lebuh Raya Utara-Selatan kepada Plus dengan persetujuan kerajaan dan Perjanjian Konsesi Tambahan Pertama ditandatangani bagi meningkatkan kadar tol serta melanjutkan tempoh konsesi sehingga 31 Mei 2030.

Pada 11 Mei 2002, Perjanjian Konsesi Tambahan Kedua ditandatangani untuk menyemak semula baki tempoh konsesi kadar kenaikan tol bagi menyelaraskan pampasan tol berikutan ketetapan kerajaan hanya menaikkan tol sebanyak 10 peratus daripada 11.24 sen setiap km kepada 12.36 sen satu km.

Kadar itu jauh lebih rendah daripada kenaikan 18 sen yang diminta Plus tetapi kadar yang dipersetujui itu hanya untuk tempoh 1 Januari 2002 hingga 31 Disember 2004 dan selepas itu disusuli peningkatan berjadual tol kelas 1 sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun.

Cuba bayangkan bahawa kadar tol akan naik 10% setiap 3 tahun sehingga tahun 2030. Saya nak cuba kira kadar tol dari Bukit Beruntung ke Kota Damansara 23 tahun lagi. Harga tol dari Bukit Beruntung ke Kota Damansara sekarang ialah RM5.00 selepas dinaikkan pada Januari 2005 yang lalu.

Jan 2005 – 2007 : RM5.00
Jan 2008 – 2010 : RM5.50
Jan 2011 – 2013 : RM6.10
Jan 2014 – 2016 : RM6.70
Jan 2017 – 2019 : RM7.40
Jan 2020 – 2022 : RM8.10
Jan 2023 – 2025 : RM8.90
Jan 2026 – 2028 : RM9.80
Jan 2029 – 2030 : RM10.80

Humanggg aiii…sekiranya saya berulang alik dari Bukit Beruntung ke Kota Damansara, saya perlu membayar harga tol sebanyak RM21.60 sehari. Tidak termasuk harga petrol yang saya jangka RM10/litre pada tahun 2030 nanti. Tidak mustahil kan? Agak-agak, pada tahun 2030 nanti, kenaikan gaji macamana ya? Jangan pula gaji masih RM1500, tetapi harga tol sudah menjadi berpuluh-puluh hengget! Hmm, entahlah.

Tidak dinafikan lebuhraya sememangnya menyumbang kepada kemajuan pesat negara kita. Masa yang panjang untuk ke sesuatu tempat dapat dipendekkan dengan penggunaan lebuhraya. Kalau dulu, mungkin mengambil masa sehari suntuk untuk ke selatan tanah air, tetapi sekarang hanya 4-5 jam sahaja. Sungguhpun begitu, dengan kenaikan harga tol yang kian meningkat saban tahun, amat membebankan rakyat seperti kita. Kalau kerajaan boleh menghantar Dr Sheikh Muzaffar ke angkasa, apa lah salahnya membantu rakyat dengan membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya kan? Tak begitu Pak Samy nya?😉

~ by xxujiexx on November 25, 2007.

2 Responses to “Pantang Lalu Untung Samy Naik 10% Tahun Depan”

  1. kerana sebab inilah ramai rakyat malaysia yg berhijrah ke lur negara.saya sangsi dgn entry anda.saya ingat anda amat “cinta” pd negara tetapi sekrg anda mengeluh pula.bagi saya kesetiaan adalah pada agama dahulu,bukan pd negara kerana dimana mana saja adalah bumi Allah SWT.sedangkan Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya berhijrah jika pemimpinnya menganiaya rakyatnya.jika rezeki saya dan keluarga saya murah di luar negara,siapakah anda hendak menilai kesetiaan saya pd negara.jika anda berada didalam kasut saya,saya yakin anda tidak mahu melihat keluarga anda terkial2 kumpul duit,kalau gaji bulanan pun tidak cukup.Jika anda ada duit yg cukup datanglah bercuti ketempat saya ini.tempat yg telah pun Allah beri rezeki pd saya dan keluarga saya.anda tidak tahu pengorbanan saya pd keluarga saya.tidak perlulah saya beritahu kerana hilang pahala saya berbakti pd keluarga saya.anda pasti kenal siapa saya kan?saya duduk diluar negara pun tidak jauh dr malaysia,hanya 5 jam saja perjalanan.SAYA HENDAK ANDA DTG SUPAYA SAYA BOLEH BAWAK ANDA TOUR LIHAT RUMAH2 DATUK2 TANSRI2 SULTAN JOHOR SULTAN PAHANG YG BERSEPAH SEPAH DISINI.MALAH MEREKA SUDAH ADA DI SINI FOR MANY GENERATIONS.MEREKA HANYA PULANG KE MALAYSIA HAPPY2 SAJA.PATUTLAH MEREKA SEMUA SENANG,BISNES SEMUA DISINI.RUMAH MEREKA BERJUTA2 MALAH ADA LEBIH DR SATU RUMAH.ANAK2 MEREKA BOLEH KATA SEMUANYA ROSAK.AND YET YOU TRY AND JUDGE ME.SAYA DUDUK DISINI RUMAH PUN TAK ADA,TUMPANG RUMAH KAWAN.DUDUK PUN TEMPAT JIN BERTENDANG,JAUH DR BANDAR.BUKALAH MATA DAN MINDA ANDA.SAYA TIDAK MARAH PD ANDA CUMA SAYA SEDIH BERAPA RAMAI LG AGAKNYA RAKYAT MSIA YG SEPERTI ANDA.PATUTLAH YG KAYA MAKIN KAYA,YG MISKIN?HABIS DIPIJAK2.ANDA DTGLAH KESINI DAN SAYA BUKTIKAN PD ANDA.

    Komen saya : terima kasih di atas komen saudara walaupun saya tidak kenal siapa saudara sebenarnya. dan sebenarnya saya tak berapa faham apa yang saudara cuba sampaikan. seriously i’m blur. ape kaitan tol naik dengan rumah2 sultan johor sultan pahang semua tu..harap dapat diterangkan dengan bahasa yang lebih mudah ye..mungkin rakan pembaca lain juga dapat menerangkan kepada saya..terima kasih

  2. ya betul,tolonglah huraikan ngan jelas lagi. saya pun blur.
    tima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: