Cinta Express

Pernahkah anda mengalami CINTA EXPRESS atau CINTA KILAT? Cinta Express bagi saya ialah cinta yang hadir dengan pantas dan tidak semena-mena hati kita dibuai-dibuai syahdu, diamuk rindu dendam bersama bayu kasih sepoi-sepoi bahasa. Wahh!!Gituu…Itulah perasaan yang saya alami sekarang. (I hope it’s OK to declare ya! ;))

Cinta Express atau Cinta Kilat ini bukanlah bermakna secepat mana kita jatuh cinta dan secepat itulah juga perasaan itu hilang tetapi Cinta Express bagi saya ialah cinta yang datang tanpa diduga dan pasangan yang bercinta itu berani mengambil langkah ke peringkat seterusnya tanpa menunggu masa yang terlalu lama. Contoh terdekat, Erra Fazira dan Emran yang baru berkenalan 3 bulan, mengambil keputusan untuk bertunang dan seterusnya berkahwin. Express kan?

Walau bagaimanapun, terdapat keburukan dan kebaikan Cinta Express ini. Kebaikannya ialah pasangan tersebut dapat mengelakkan berlakunya maksiat ketika hormon gatal mereka sedang mencanak-canak. Keburukannya pula, mungkin pasangan tersebut belum begitu mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam atau mereka belum cukup bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Pengalaman saya sendiri dengan Cinta Express ini bermula dengan sesi membalas sms di penghujung bulan November lepas. Oh ya, sebelum itu kami kenal di dalam kelas yang disediakan oleh agensi di bawah CIMB. Ketika itu tidak ada perasaan langsung kepada mamat seorang ini. Maklumlah, pergi kelas mencari ilmu, bukan mencari bopren. Huhu. Dengan sesi membalas sms itu, saya rasa boleh ngam pula dengan mamat ni. Saya menggelarnya Pak Lawak, dan dia menggelar saya Badut (ada ke patut??!!). Saya boleh mendengarnya bercerita berjam-jam. Sambil bercerita dengan penuh emosi, siap dengan memek muka dan dialog bagai. Kalau bercerita, ada saja lawaknya sehinggakan saya pernah halau dia keluar dari kereta kerana tak tahan pecah perut nak gelak.

Tidak sampai sebulan berkawan rapat (mungkin 2 minggu sahaja), kami sudah bertemu keluarga masing-masing. Setakat ini respons yang diterima sangat baik. Tapi tak taulah pula nanti-nanti kan? Maklumlah, masing-masing tak tahu lagi perangai antara satu sama lain, belang masing-masing. Tapi saya berdoa dan berharap, semuanya baik-baik saja.

Ini minggu ke-4 saya dilamun asmara. Niat untuk ke peringkat seterusnya memang sudah ada cuma ada beberapa perkara lagi yang dia dan saya mahu dahulukan. Saya berharap semua berjalan lancar dan doakan yang baik-baik untuk saya ya. Tengkiu!

~ by xxujiexx on December 24, 2007.

4 Responses to “Cinta Express”

  1. Kalau dah jodoh tidak ke mana, kalau dah takde jodoh buat cemane pun tak jadi. So we back to ajal maut, jodoh pertemuan ditangan TUHAN. Kita hanya mampu merancang, TUHAN yang menentukan.

  2. amin… moga2 kekal sampai ke akhir hayat……. hehe.. cayalah kak UG!!.. leh makan nasi minyak…. nyum nyum..

  3. yummmyyyyyyy…go on beb…tapi cam cepat sgt je…

  4. Insyaallah jika ada jodoh jie akan bergelar isteri.
    Semoga 2008 dah ada baby k.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: