Kursus PUNB Prosper

Pagi nanti, jam 7 pagi saya akan bertolak ke Delta Inn Shah Alam untuk menghadiri kursus 3 hari Skim Prosper PUNB. Skim ini saya ambil untuk memulakan perniagaan dalam bidang pengiklanan bersama Illa Sabry (penyanyi Keranamu Kekasih tu). Kursus yang padat dengan aktiviti tentang selok-belok perniagaan itu akan berlangsung pada 15-17 Januari (Selasa-Khamis). Harap-harap tak boring.

1_938857263l.jpg

Ni la Illa Sabry bagi sape-sape yang tak kenal minah ni..

Sebelum dipanggil menghadiri kursus ini, saya terlebih dahulu menghadiri seminar 3 jam yang dianjurkan oleh PUNB. Ketika seminar itu, sedikit ujian dilakukan untuk melihat sama ada peserta-peserta yang datang benar-benar layak untuk menjadi seorang usahawan. Alhamdulillah saya lulus ujian tersebut. Kami kemudiannya dikehendaki untuk membuat satu kertas kerja tentang perniagaan yang ingin dijalankan. Terima kasih kepada Illa kerana dia yang banyak bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja tersebut. Saya “sleeping partner” aje. Hiks!

Kami memohon Skim PROSPER Siswazah yang membenarkan pinjaman sehingga RM100,000 di mana saya mempunyai bahagian RM50,000 dan Illa juga RM50,000. Terdapat 3 jenis skim iaitu Skim PROSPER Runcit, Skim PROSPER Siswazah dan Skim Pemborong PROSPER. Setiap skim mempunyai kriteria tertentu dan had pinjaman yang dibenarkan. Tempoh bayaran balik yang kami ambil ialah 7 tahun.

Kami akan menjalankan perniagaan berbentuk servis iaitu mengkaji/merancang/membeli iklan daripada media owner seperti TV3, RTM, NST dan pelbagai media cetak dan elektronik yang lain untuk syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Kepada pembaca yang mempunyai perniagaan atau produk untuk diiklankan, bolehlah menggunakan khidmat kami ya.😉

Doakan perniagaan saya ini berjaya ya. Terima kasih.🙂

~ by xxujiexx on January 14, 2008.

One Response to “Kursus PUNB Prosper”

  1. sy suke sgt illa sabry😦 sy nak kenal ngan die bule?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: