Kursus PUNB Prosper Part II

Sudah lebih seminggu saya selesai menghadiri kursus PROSPER Siswazah dan baru hari ini saya berkesempatan untuk bercerita tentangnya. Jangan marah haa….

Kursus yang dijalankan selama 3 hari di Delta Inn, Seksyen 3, Shah Alam tersebut memang banyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Selain, pengalaman diberi makan 6 kali sehari (dulu, semasa sekolah saja dapat makan macam ni), saya juga didedahkan tentang cara membuat business plan yang betul. Kami diajar dari A-Z bagaimana untuk menyediakan proposal perniagaan termasuk membuat Akaun Untung Rugi dan Cash Flow yang betul. Saya bukanlah datang dari latarbelakang akaun dan pada mulanya terkial-kial jugalah membuatnya. Walau bagaimanapun, selepas memahami konsep, ermm, boleh tahan juga ya. Tidaklah susah sangat. Menyesal pula tak ambil subjek Akaun semasa SPM dulu. Hiks!

Saya difahamkan kos bagi seorang peserta untuk kursus selama 3 hari ini ialah RM600 tetapi kami hanya membayar RM50 sahaja. Yang lain ditanggung oleh pihak PUNB. They are sooo generous!! Hehe. Kursus PROSPER Siswazah ini dihadiri oleh lepasan ijazah atau diploma yang berumur tidak lebih daripada 30 tahun sahaja dan pinjaman maksimum yang dibenarkan ialah RM50,000. Sekiranya saudara pembaca ingin memohon pinjaman lebih daripada RM50,000 untuk memulakan perniagaan, saudara pembaca haruslah memohon pinjaman di bawah kategori PROSPER Runcit dan kategori ini tiada syarat khas seperti mestilah lepasan ijazah/diploma dan tiada had umur.

img736.jpg

Saya dan Illa tengah boring tunggu kelas start

Yang seronoknya, kursus ini dihadiri oleh mereka yang sudah pun mempunyai perniagaan sendiri. Jadi, saya bertemu dengan ramai perserta-peserta muda yang sudah ada perniagaan sendiri. Salah seorang, tidak silap saya seorang cek mek molek berumur 26 tahun dari Kelantan, mempunyai perniagaan roof coating yang satu-satunya mengimport material tersebut dari Korea. Seorang lagi, peserta lelaki yang sudah mempunyai ladang kelapa sawit sendiri dan mempunyai 20 orang pekerja. Mereka belum berumur 30 tahun pun tetapi sudah mempunyai perniagaan yang berjaya!

InsyaAllah, saya dan smart partner saya, Illa Sabry akan mempunyai perniagaan kami sendiri. Kami memerlukan modal RM100,000, jadi saya dan Illa perlu berkongsi kerana seperti saya katakan tadi, seorang pemohon PROSPER Siswazah hanya dihadkan kepada RM50,000 sahaja. Harap-harap semunya berjalan lancar. Doakan ye.šŸ˜‰

~ by xxujiexx on January 25, 2008.

6 Responses to “Kursus PUNB Prosper Part II”

  1. kak..bg no akak..dah delete la

  2. Nak tanye saudari ujie rasyid..huhu.. Da lulus ke blm loan PUNB tu?
    actually, sy pun ade apply loan under PUNB Prosper Runcit utk bukak kedai elektrikal & elektronik. Baru jmpe officer dia 2 hari lepas. pastu diorg sarankan sy n partner sy amek Prosper Siswazah. Ritu yang sy apply Prosper Runcit coz diorg x mention pun kene start niaga at least 6 month. skrg cam terpaksa start apply utk skim Prosper siswazah. hampeh tol.huhu..That it my pertanyaan n sungutan.. hoho..Thanks.

  3. Tak jadi amik pon sbb banyak songeh…

  4. Askm,
    Saya amat berminat ingin menyertai kursus yang dianjurkan oleh PROSPER.Bagaimana caranya saya ingin turut serta kursus tersebut?

  5. ujia, awat prosper byk songeh..?
    apa depa buat kat hang?
    I tingin nak megembang business..tapi cuma nak dpt adv and marketting support..ingat punb boleh tolong…???

  6. Salam…prosper ni ada beri idea ke utk buat bisnes apa? Klu setakat beri pinjaman dgn buat kunci kira-kira takde la bagus sgt.Yg penting idea tu..ye la,klu 50k sekarang ni bukan ble buat byk sgt,sbbnya member saya buka Burger Otai pun, loannya dekat 90k.tak kira modal sendiri lg tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: