Bertuahnya Badan

Dalam perjalanan ke Shah Alam untuk berjumpa client siang tadi, saya terpandang satu billboard besar bertentangan dengan GIANT Kelana Jaya; bertulis :

“Kelly Tan Ei Lee, Will You Marry Me?”

Berlatarbelakang warna putih dan gambar seorang lelaki di sebelah tulisan tersebut, membuatkan saya spontan berkata Woww!!! Bertuahnya si Kelly itu apabila teman lelakinya sanggup menyewa billboard tersebut semata-mata untuk melamarnya di Hari Valentines. Berapa ribu ringgit gamaknya ye…Pheww!!

Saya juga rasa sangat bertuah. Walaupun bukan dilamar melalui billboard, saya rasa bertuah dan sangat bersyukur dengan karier baru sebagai Unit Trust Consultant. Semakin hari, cinta pada karier ini semakin mendalam. Di samping membantu client menjana wang mereka, karier ini juga menjanjikan masa depan yang sangat cerah, InsyaAllah. Menjadi Unit Trust Consultant juga semakin menyeronokkan kerana saya berjumpa dengan client yang juga hebat-hebat. Walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran seperti rejection, tak close sales dan sebagainya, ini bukanlah satu penghalang. Lagipun, saya tahu niat saya untuk membantu mereka, jadi walaupun mereka tidak mahu melabur di dalam Unit Trust, saya terima saja dengan hati yang terbuka. Go for next! Hiks!

Dulu, sebelum menceburi karier ini, saya selalu juga dengar yang Unit Trust banyak merugikan client. Tetapi, apabila sudah masuk ke dalam bidang ini, barulah saya tahu sebab-sebab mengapa client rugi. Di antaranya ialah :-

1) Redeem masa harga jatuh – patutnya masa harga jatuh, INVEST MORE!!

2) Tak dengar cakap consultant. Consultant suruh invest, invest! Consultant suruh redeem, redeem.

3) Salah pilih fund atau company Unit Trust

4) Consultant tak jaga client. Mungkin consultant ini membuat Unit Trust sebagai part time job sahaja. Jadi, sebagai pelabur, pilihlah consultant yang FULL TIME! (macam saya, hiks!)

Sebenarnya TIADA RISIKO apabila melabur dalam Unit Trust. Kalau ada pun risikonya hanyalah MASA! Kalau anda tidak ada masa sekurang-kurangnya 3-5 tahun, Unit Trust memang tidak sesuai untuk anda. Misalnya anda ada RM10, 000 dan RM10, 000 itu sajalah duit yang anda ada untuk digunakan setahun akan datang. Biasanya nasihat saya kepada client, simpan saja RM10, 000 itu di dalam ASB atau simpanan biasa kerana pulangan Unit Trust MUNGKIN tidak dapat mengatasi ASB dalam tempoh masa setahun, TETAPI sekiranya anda ada masa sekurang-kurangnya 3-5 tahun, SAYA SANGAT PASTI yang Unit Trust boleh mengatasi pulangan yang diberikan oleh ASB kerana Unit Trust BUKAN SKIM CEPAT KAYA, tetapi SKIM SURE KAYA cuma lambat sikit.

Lagi satu, jangan panik sekiranya semasa anda beli Unit Trust, harga bagi dana yang anda beli ialah RM1.00 seunit dan apabila anda selak suratkhabar 2 tahun selepas itu, harga seunit bagi dana tersebut turun menjadi RM0.80. Pada mata kasar, anda kelihatan rugi tetapi anda perlu ambil kira dividen dan bonus yang pernah diberi dalam tempoh masa tersebut. Sebenarnya anda sudah untung tanpa anda sedari walaupun harga semasa adalah lebih rendah berbanding sewaktu anda mula-mula melabur.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara, TOP TEN Unit Trust Company, memberi pulangan purata sekurang-kurangnya 24% setahun bagi dana-dananya. Sebagai contoh dana CIMB iaitu Dana Al-Ihsan, memberi pulangan 49.52% bagi tempoh Januari 2007-Januari 2008. Jadi, sekiranya pelabur menyimpan RM100, 000 dalam tempoh masa tersebut, pulangan yang mereka terima ialah lebih kurang RM49, 000. Bagi Dana Al-Ihsan 2 pula, memberi pulangan 50.2% bagi tempoh masa yang sama. Jadi, tidak perlu tunggu sehingga 3 tahun pun untuk dapatkan pulangan sebanyak RM50, 000. Untuk mendapatkan pulangan sebanyak ini melalui ASB, pelabur perlukan sekurang-kurangnya 5 tahun (dengan andaian ASB memberi dividen dan bonus sebanyak 10% setiap tahun). Menarik bukan?

Ramai orang beranggapan untuk melabur di dalam Unit Trust memerlukan capital yang besar. Tidak sebenarnya. Dengan RM100 sahaja anda sudah boleh melabur dalam Unit Trust. Melabur RM100 sebulan pun menerima pulangan yang sama dengan mereka yang melabur dalam jumlah yang besar. Kalau 50% pulangan yang diberi, mereka juga akan mendapat pulangan 50% juga tidak kira jumlah yang mereka laburkan.

Bertambah menarik dengan peraturan baru yang dikeluarkan oleh pihak KWSP baru baru ini, iaitu seawal umur 18 tahun, pencarum KWSP boleh melabur di dalam Unit Trust melalui Akaun 1 KWSP mereka. Seperti yang saudara pembaca sedia maklum, Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan dalam 2 syarat sahaja iaitu :-

1) Apabila pencarum berumur 55 tahun

2) Invest di dalam Unit Trust

Peraturan ini dikeluarkan kerana kerajaan mahu setiap pencarum mempunyai sekurang-kurangnya RM120, 000 di dalam akaun KWSP apabila mereka bersara nanti. Pulangan yang diterima melalui Unit Trust, akan dimasukkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP. Jangan risau sekiranya Akaun 2 KWSP anda sudah kosong kerana baru sahaja membeli rumah atau membayar yuran pendidikan kerana Akaun 1 tidak menerima kesan daripada pengeluaran dari Akaun 2. Bertambah menarik bukan?

CIMB Wealth Advisors akan melancarkan dana barunya pada hari Isnin depan (18 Februari 2008) pada harga RM0.25 seunit. Rebut peluang ini dengan membeli pada harga yang murah. Berdasarkan performance abang-abangnya iaitu DALI 1 dan DALI 2, tidak mustahil DALI 3 ini juga akan memberikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Contact consultant anda atau kepada yang mahukan servis saya, boleh hubungi saya di nombor biasa 017-3189306 ya..Hehe

Hmm, lama juga rasanya saya tidak menulis panjang begini kan. Hehe..Busy cari rezeki😉. Oh, ya! Parlimen dah dibubarkan kelmarin dan 8 Mac nanti kita semua akan mengundi. Tak sabar betul rasanya untuk merasai kemeriahan suasana pilihanraya seperti 5 tahun yang lepas. Huhu! Sekali lagi saya ingatkan, tunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia dan jangan lupa invest dalam Unit Trust ok.. Daaaa…..

Segmen ini ditaja oleh cimb_logo.gif Huhu

 

~ by xxujiexx on February 14, 2008.

2 Responses to “Bertuahnya Badan”

  1. agency mana ni?

  2. Charisma Agency

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: