Pusara di Lebuhraya

Sedang saya memandu ke arah tol Batu Tiga, Shah Alam, saya lihat kesesakan trafik yang sangat teruk di laluan bertentangan. Hampir 1km mungkin. Dalam hati saya, mesti ada kemalangan. Terdengar siren ambulans dan kelihatan kereta polis dengan orang ramai berkumpul di tengah jalan raya. Sejurus kemudian saya ternampak sebuah kereta tetapi tidak kelihatan pun seperti baru berlanggar. Tak nampak pun motor bersepai atau mayat ditutup dengan plastik hitam. Rupa-rupanya pemandu kereta tersebut meninggal (andaian saya sahaja) di dalam kereta dengan kepalanya tersembam di stereng. Mungkin juga dia pengsan.

Ya Allah! Mungkin dia diserang sakit jantung atau athma atau sawan. Saya tidak tahu. Polis dan orang ramai yang ada cuba membuka kereta tersebut bagi mengeluarkan mangsa. Mujur juga dia tidak melanggar tiang lampu atau pembahagi jalan. Kalau tidak, mungkin lebih teruk kesannya. Keretanya betul-betul berhenti hampir-hampir dengan pembahagi jalan.

Saya tidak tahu apa nasib mangsa tersebut. Kalau pengsan, semoga dia masih hidup dan kalau sudah meninggal, semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang beriman (kalau dia seorang Islam)

Kejadian ini membuatkan saya insaf dan terfikir, kita akan diambil nyawa dalam keadaan yang kita tidak tahu bagaimana. Mungkin sedang tidur, makan, mandi, sembahyang atau juga ketika menulis blog. Kalau saya dah tak menulis lebih sebulan, sila call saya untuk mengetahui sama ada saya masih hidup atau tidak ok.. Hehe. Tetapi kita boleh berdoa semoga Allah mengambil nyawa kita dalam keadaan yang baik, di tempat yang baik. Amin…

~ by xxujiexx on February 15, 2008.

One Response to “Pusara di Lebuhraya”

  1. eemmmm insaf rasanye nak bwk moto;) hehehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: