Rule of 72

Hari ini saya lepak-lepak di rumah saja. Petang nanti baru keluar untuk appointment. Sambil-sambil menunggu masak lemak cili api telur dan kentang saya masak, saya terfikir untuk menulis topik ini. Masih berkisar tentang pelaburan.😉 Jangan marah ha….Tapi topik ini bukan semata-mata kerana saya nak promot CIMB Unit Trust, tetapi saudara pembaca semua patut tahu info ini. Info yang kita tahu, tapi mungkin tak ambil peduli.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, nilai wang yang kita ada sekarang ini contohnya RM10, RM500, RM10,000, RM100,000 dan sebagainya, akan berkurangan nilainya berkadar dengan masa disebabkan oleh inflasi. Setuju? Saya pernah berbual dengan seorang doktor. Tahun 60an dulu dia membeli rumah banglonya di Bangsar dengan harga RM70,000 sahaja tetapi sekarang, RM70,000 rumah kos rendah saja kot. (Jangan pula bandingkan dengan rumah kos rendah di Bukit Beruntung ok..Hiks!)

Di dalam bidang kewangan, Rule of 72 adalah satu kaedah yang digunakan untuk menganggar jangkamasa (tahun) sama ada nilai wang kita menjadi separuh atau berganda. Formulanya ialah bahagikan Rule 72 itu dengan kadar interest/pulangan yang diperolehi daripada pelaburan atau kadar inflasi (nilai duit menjadi susut) . Sebagai contoh, sekiranya kita melabur RM10,000 dalam ASB (dengan andaian ASB memberi pulangan 9% setahun), RM10,000 tersebut akan berganda menjadi RM20,000 dalam jangkamasa 8 tahun. Pengiraannya begini :-

asb.jpg

Contoh lain, sekiranya kita ada RM10,000 dalam EPF, dengan anggaran EPF memberi dividen 6% setahun (tahun lepas EPF mengumumkan dividen 5.8%) maka RM10,000 itu akan menjadi RM20,000 dalam masa 12 tahun.

epf.jpg

Begitu juga dengan CIMB Unit Trust, dengan anggaran purata 12% setahun pulangan yang diberikan oleh CIMB Unit Trust, RM10,000 yang anda laburkan akan menjadi RM20,000 dalam masa HANYA :-

utfund.jpg

Ya, 6 tahun SAHAJA!

Bagaimana pula dengan Dana Al-Ihsan CIMB (DALI) yang purata pulangannya 24% setahun (sejak dilancarkan pada tahun 1998). RM10,000 yang anda laburkan akan menjadi RM20,000 dalam jangkamasa :-

dali.jpg

Kenapa? Tak percaya? Seronok kan?

Berlainan pula sekiranya RM10,000 tersebut anda simpan sahaja di bawah bantal. RM10,000 tersebut akan berkurang nilainya menjadi RM5000 dalam masa 9 tahun dengan anggaran kadar inflasi 8% setahun.

inflation.jpg

Duduk di KL, tak mustahil inflasi 8% setahun kan? Dulu masa sekolah, saya bawak 30 sen saja. Sekarang, 30 sen? Harga masuk jamban di Puduraya (yang busuk dan kotor) atau pun sebungkus tisu saja. Setuju lagi? Ya, itu kenyataannya.

Biarkan sahaja wang anda di dalam EPF yang memberi pulangan 6% setahun dan berhadapan dengan kadar inflasi di KL sebanyak 8% setahun, sebenarnya duit anda di dalam EPF tak beranak pinak pun. Kena makan lagi ada. 6% – 8% = -2%. Apabila bersara, jangan terkejut sekiranya RM300,000 yang anda boleh bawa keluar dr EPF itu, bernilai RM50,000 sahaja. Seram kan?

Sekarang, terpulang kepada anda untuk menyimpan duit anda di mana. Tapi pastikan tempat tersebut memberi pulangan yang maksima. Ingat, ambil sedikit risiko, untuk mendapat pulangan yang tinggi! Seperti yang saya beritahu di dalam entry sebelum ini, RISIKO di dalam Unit Trust hanya MASA! Jika anda ada masa, saya jamin anda tidak akan RUGI sekiranya melabur di dalam Unit Trust . Take my word!

Sumber Rule 72 dari Wikipedia

 

~ by xxujiexx on February 21, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: