Malaysia Yang Panas

Anda rasa panas tinggal di Malaysia? Ya, bukan panas cuaca ye sebab sekarang, pagi hingga tengahari cuaca panas, petang pula hujan. Saya rasa panas disebabkan oleh kemelut politik Malaysia selepas pilihanraya umum baru-baru ini. Wah..banyak negeri-negeri yang memberi kekayaan kepada kerajaan jatuh ke tangan Barisan Alternatif kan. Selangor di tangan PKR, Kelantan masih dikuasai PAS, Kedah juga bersama PAS, Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dan Perak turut bersama PKR.

Menurut kajian dan pembacaan saya, negeri-negeri inilah yang paling banyak menyumbang kepada kekayaan kepada kerajaan pusat bukan melalui hasil bumi seperti minyak tetapi melalui kutipan cukai dan pendapatan-pendapatan lain. Jadi, pada pendapat saya, kerajaan sudah rugi besar kerana terpaksa melepaskan negeri-negeri emas ini daripada kekuasaan mereka. Yang tinggal, hanya negeri-negeri yang tidak berapa kaya seperti Perlis, Melaka, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lagi. Nasib baik Johor dan Terengganu masih ada. Siapa yang bersalah? Mereka dan keluarga mereka. Hiks!

Saya memang tidak pandai bercakap tentang politik tetapi bila orang sekeliling dah sibuk-sibuk cakap pasal politik, saya pon join sekali. Pada pendapat saya dan saya percaya pendapat ramai juga bahawa punca kekalahan BN bukan disebabkan ramai pengundi hendak sangat memangkah Barisan Alternatif tetapi mereka sudah bosan dengan BN. Oleh kerana di dalam kertas undi cuma ada 2 atau 3 parti yang bertanding, kalau tidak memangkah BN, kenalah juga memangkah BA. Kan? Dahlah calon entah siapa-siapa, tak kenal pun. Mungkin sebab saya tak join Puteri UMNO sebab tu saya tak kenal calon yang bertanding kot. Jadi, saya memangkah ikut suka sahaja. Ikut naluri kata orang.

Semasa di UTM dulu, kami diwajibkan mengundi calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar. Ha, yang ini pun satu hal. Lagilah tak kenal. Jadi saya memangkah mengikut kehenseman calon. Agak-agak muka cam penjenayah, saya tak pangkah. Padahal, sorang hapah pun saya tak kenal. Tak kenal pon tak apa, asalkan mengundi sebab abang kerani fakulti saya mengugut kami, siapa tidak mengundi tak boleh grad. Hampeh je.

Kita bercakap pasal keadaan ekonomi pula ya. Kelmarin, disebabkan oleh panic selling pelabur-pelabur saham, banyak saham-saham di Bursa Malaysia dilepaskan atau dijual. Ini kerana uncertainty condition yang berlaku di dalam arus politik Malaysia. Banyak saham-saham GLC atau saham-saham yang dimiliki oleh kerajaan negeri yang bertukar tangan seperti Selangor, dijual besar-besaran menyebabkan Indeks Komposit Kuala Lumpur turun mendadak sehingga 130 mata. Keadaan ini disebabkan oleh para pelabur ingin melihat dan menunggu arah tuju politik Malaysia seperti siapa dilantik di dalam barisan kabinet, siapa menteri itu, siapa menteri ini, Pak Lah resign ke tidak dan sebagainya. Oleh kerana KLCI turun mendadak hampir 10%, maka circuit breaker diaktifkan dan keseluruhan urusniaga di BSKL digantung serta merta dan semua kaunter tidak diniagakan. Ini untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk dan KLCI turun beratus-ratus mata lagi.

Walau bagaimanapun, keadaan ini memberi peluang yang baik untuk pelabur CIMB Unit Trust (tetap juga nak selitkan cerita Unit Trust OK.😉). Kebanyakan fund-fund local kami juga menjadi murah. Ini memberi kesempatan kepada pelabur-pelabur saya menambah pelaburan mereka atau kepada pelabur baru untuk mula melabur dalam Unit Trust. Semalam, KLCI naik semula 33 mata dan pelabur saya yang menambah pelaburan mereka pada hari Selasa, sudah untung 3% hari ini.

KLCI pernah mencatatkan mata tertinggi 1500 mata pada Februari dan turun sedikit demi sedikit menjelang pilihanraya dan mendadak kepada 1173 mata selepas pengumuman keputusan pilihanraya. Kepada pelabur Unit Trust, jangan panik ya. Kita bukan main saham di Bursa Malaysia. Duit saudara tidak hangus. Cuma belum untung sahaja. Berbalik kepada asas Unit Trust, pelaburan 3-5 tahun. CIMB sendiri mensasarkan KLCI akan naik sehingga 1700 mata pada hujung tahun ini. Jadi, masih banyak ruang untuk menjana wang kita. Ha, apa lagi, hubungi saya sekarang OK.😉

~ by xxujiexx on March 12, 2008.

One Response to “Malaysia Yang Panas”

  1. nk invest leh…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: