Bila Suami Tak Sedar Diri

Kebanyakan lelaki yang saya tanya, sama ada mereka teringin untuk berkahwin lebih daripada satu isteri atau tidak, kebanyakan memberi jawapan, “kalau diizinkan, nak la jugak” (sambil senyum-senyum kambing), atau “kalau ada yang nak kat aku, apa salahnya” atau yang malu-malu sedikit, mereka hanya senyum sahaja. Pernah juga saya tanyakan soalan yang sama kepada Dahling saya dan jawapan cover daripadanya – “U ni kenapa? Nak sangatlah tu..Ha..doala..“. Saja nak bagi kita cuak.

Jadi, kesimpulan yang boleh saya buat ialah, kebanyakan lelaki normal, memang terasa ingin berkahwin lebih daripada seorang isteri (kalau boleh). Entah apa yang dihendakkannya, tak taulah saya. Hanya kerana nafsu atau saja nak test power? Atau nak ikut macam Abang Jamil dalam filem Madu Tiga?

Isteri tua merajuk
Balik ke rumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga!

Tengok, ada hati nak kahwin tiga!

Walau bagaimanapun, sekiranya diizinkan oleh isteri pertama untuk berkahwin lain, tidak ada masalah. Sangat beruntunglah si suami tersebut. Yang jadi masalah, apabila suami curang di belakang isteri dan juga curang di belakang girlfriendnya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun.  Kepada isterinya, kalau dia balik lambat dari pejabat, dibohongnya isteri bahawa ada kerja lebih masa, sedangkan dia bercengkerama dengan perempuan lain. Kepada si perempuan malang itu pula, dia masih juga mengaku bujang walaupun anak sudah berderet.  Lebih senang kerjanya, sekiranya dia dan isteri duduk berjauhan. PJJ kata orang. Perkahwinan Jarak Jauh. Tidak perlu bersusah payah membohong isteri. Maklumlah, isteri tiada depan mata. Bertambah beruntung, anak-anak di bawah jagaan isteri kan? Lagi senang untuk mengaku bujang.

Apa perasaan si suami tersebut bila melakukan perbuatan ini ye? Tak ada perasaan langsung agaknya. Isteri duduk di rumah dengan harapan si suami bekerja lebih masa untuk mencari rezeki lebih. Yang perempuan kena tipu itu pula, bagai menunggu buah yang tak gugur, berharap bahawa lelaki hidung belang itu akan berkahwin dengannya. Nak kawen apa benda kalau belanja si suami pun isteri yang tanggung. Kan dah menganiaya orang namanya tu.

Apa yang saya tak puas hati ni sebenarnya? Errmm..entahlah, saya pun tak tahu. Cuma, saya peliklah perangai lelaki sebegini. Masih tidak sedar-sedar diri tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, sebagai suami, sebagai bapa. Menganiaya orang yang tidak berdosa. Mohon dijauhkan daripada bertemu dengan lelaki begini. Semoga Allah sahaja yang akan membalas perbuatan mereka. Tapi saya percaya pembaca-pembaca lelaki saya semuanya baik-baik belaka, kan?😉

~ by xxujiexx on April 4, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: