Kenal Peribadi Melalui Graphology – Dr Fadzilah Kamsah

Graphology=Kajian Grapho ertinya tulisan, Logy ertinya bidang ilmu. Jadi Graphology bermaksud Bidang Ilmu tentang Tulisan. Berikut kajian tentang tulisan yang dijalankan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Meh kita tengok..

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : – Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup… Amin

—————————————————————————–

Kat bawah ni contoh tulisan saya..😉

Tengok mood la..kadang-kadang kemas..kadang-kadang cam cacing…Tapi tulisan arwah abah saya cantik betul. Bersambung-sambung dan kemas. Maklumlah, orang dulu-dulu..

Seorang rakan pena saya dari Indonesia juga mempunyai tulisan yang sangat cantik dan kemas. Sebelum adanya teknologi email dan sms, kami sering berutus surat. Andi namanya. Jarang orang lelaki mempunyai tulisan yang cantik dan kemas. Bagai ditaip-taip. Kemas dan teratur.

Bagaimana tulisan saudara pembaca? Ada yang sama dengan kajian peribadi yang Dr. Fadzilah jalankan ni?

~ by xxujiexx on April 10, 2008.

3 Responses to “Kenal Peribadi Melalui Graphology – Dr Fadzilah Kamsah”

  1. macam sama tulisan dgn aku je jie…rumi yg pertama je lah hampir sama, rumi kedua n jawi…tulisan aku lebih cun kot(sebab tulisan aku menaik keatas-Dr.Fazilah kata kualiti hidup meningkat)…kalau tulisan aku nampaknya kejap naik dan kebawah, kira emotional tak stabil dah…hehehehehe

  2. Cantik tulisan u…macam tulisan saya menggunakan tangan kiri jeee

  3. tulis pakai tangan kiri tu!! apa maksudnya??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: