Berapa Pantas Anda Menaip?

Ketika sedang melayari blog-blog yang menarik, saya terjumpa website ini. Ia menguji kepantasan kita menaip. Oh! Tidak, saya masih terhegeh-hegeh lagi menaip rupanya walaupun dah pegang komputer lebih 10 tahun.😀

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kakak saya pernah menjadi guru menaip semasa dia mula-mula bekerja dahulu. Sekitar tahun 88 kalau tidak silap. Tapi masa tu, komputer belum digunakan secara meluas lagi. Mesin taiplah sebagai mediumnya. Biasalah, dah nama cikgu menaip, kalau dia menaip tu memang tak pandang la keyboard. Matanya mesti memandang ke kertas atau dokumen yang hendak disalin. Bisingnya satu rumah. Ketak tetuk ketak ketuk tinggggg!!! Hehe, bila dah sampai hujung sekali, kan ada bunyi ting. Pastu dia akan tarik semula ke hujung lagi satu, kreekkkkkkkk…

Rasanya arwah abah yang belikan dia mesin taip tu. Atau dia beli sendiri dengan duit gajinya, saya pun dah tak ingat. Mesin taip tu masih ada lagi. Mungkin kat bawah katil.

Saya pernah juga cuba-cuba untuk belajar menaip mengikut buku panduan menaip kakak saya. Taip huruf-huruf “A S D F” dengan jari kelingking hingga ke jari hantu tangan kiri dan huruf “; L K J” dengan jari kelingking hingga jari hantu tangan kanan. Masa tu saya kecil lagi. Bila menaip, jari-jari saya yang comel ni selalu juga terselit-selit, termasuk di celah keyboard tu. Sakit tau!

Bila saya minta kakak saya ajar, mula-mula tu dia OK la juga. Bila dah lama-lama asyik tak dapat-dapat, saya dapat ni – “Bising lah adik ni! Belajar la sendiri!!”. Hampeh! Hehe..sebab tu lah saya tak pantas menaip sampai sekarang. Ni semua salah kakak saya! Haha, gurau saja.

Jadi, kalau anda nak tau kepantasan anda menaip, silalah cuba sendiri.🙂

~ by xxujiexx on April 20, 2008.

12 Responses to “Berapa Pantas Anda Menaip?”

  1. 50 wordsSpeed test

    huhu, jom lawan kak ujie😀

  2. aku try dah… 28words/min laa.. lemah la kan.. hampehh!!

  3. Rekod tebaik aku 1015 points, sposition 61 of 87335 on the ranking list

    223 words per minute..

    Tak percaya?? Ubahla cara menaip anda… daripada cara menaip tradisional seperti menggunakan type writer, kepada cara menaip zaman ICT.. apa lagi kalau bukan Copy & Paste.. hahahahah

    Copy je sentence kat atas tu, paste kan dan tekan space… pasti anda dapat menaip banyak perkataan dalam masa satu saat.. ahahhaha

    Patutla masa mula² aku taip asyik ranking 87K lebih je.. bila buat cara ni baru la dapat ranking kurang 100…

    Tipu punya sistem daaa…

  4. Tapi cara tradisional aku sama macam ujie.. 39 word per minute🙂

  5. sy dapat taip 59 wpm…alhamdulillah

  6. sy br memperbaharui catatan sy dr 59 ke 61 patah perkataan pulak..syukran

  7. target nk bt 70 wpm..tp xde ms lg…juara dunia Barbara Blackburn mampu mencapai tahap tertinggi 212 wpm…mmg laju giler la

  8. barbara blackburn bukan bt dkt website td la..jgn salah phm..maksud rekod dunia menaip paling pantas di buat oleh berbara blackburn dgn catatan 180-220 wpm

  9. ujie, dah taip laju2, tapi lepas tu tak paham dan tak boleh baca.. ha ha ha

    best web ni! syabas

  10. type shark best jugak… games typing… hehhhe

  11. 182 points, so you achieved position 242600 of 506851 on the ranking list

    You type 245 characters per minute
    You have 46 correct words

    Hmm…memang ni lingkungan kelajuan menaip saya..Tapi kalau menaip dalam bahasa melayu..lebih laju sedikit..dan kalau menaip berdasarkan apa yang sedang saya fikirkan seperti menaip di blog..menjadi lebih cepat…

    Kemahiran dan kelajuan menaip bergantung pada banyak faktor selain dari latihan. Ia termasuk kepada kelembutan papan kekunci, cara duduk, jarak monitor dengan badan dan lain-lain

    Sila ke blog saya untuk bermain game sambil melatih kemahiran menaip.

    http://kedaimagik.blogspot.com/2008/06/blog-post.html

  12. Aku taip ok lagi English dari BM
    mbu2092.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: