Bila Che Det Menulis Blog

Blog merupakan satu medium terkini dan terpantas dalam menyebarkan maklumat. Ada yang menulis blog untuk menceritakan aktiviti harian mereka. Ada yang menulis blog hiburan. Ada juga yang menulis mengenai politik dan pandangan peribadi tentang sesuatu isu yang terjadi di sekeliling mereka. Apa saja tujuan blog itu ditulis, janganlah pula sampai ditahan ISA ya.🙂

Bagi saya sendiri, blog merupakan satu cara untuk saya mengasah bakat penulisan yang sudah lama terendam dan juga tempat untuk saya mengutarakan pandangan saya mengenai sesuatu isu terkini. Walaubagai manapun, saya kurang berminat tentang isu-isu yang berkaitan politik kerana daripada saya menulis tak tentu pasal, tidak ada isi, lebih baik saya diam saja.

Saya juga kurang bercerita tentang peribadi seperti aktiviti harian saya di dalam blog kerana saya malu. Ala-ala menulis diari gitu. Bukan semua orang berminat untuk membaca cerita kita kan. Pagi makan apa, bangun tidur pukul berapa, hari ini pakai kasut warna apa. Hari ini bergaduh dengan boyfriend/girlfriend. Kalau semua nak diceritakan, habis dah tak ada apa yang tinggal untuk diri sendiri. Haha! Seperti menayang punggung di khalayak ramai!

Sejak akhir-akhir ini, ramai pemimpin negara juga menulis blog. Bekas pemimpin negara juga ada blog! Sudah tentulah penulisan mereka lebih kepada politik. Kalau pihak pembangkang, sudah tentu menulis tentang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan manakala sekiranya penulis tersebut dari pihak kerajaan, sudah tentu menulis untuk menyokong dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan isu yang ditulis itu, biasanya tidak diterbitkan di dalam akhbar-akhabar arus perdana. Jadi, blog dijadikan medium bagi melontarkan pendapat mereka mengenai isu-isu sensitif kerajaan.

Semasa melayari blog-blog kesukaan saya, saya menjumpai blog Tun Mahathir dengan nama domain chedet.com. Cute kan? Macam saya juga, ujie.com (Haha! Sila jangan muntah di atas kibod). Sudah pasti Tun menulis tentang politik. Baru 3 hari usia blognya, sudah beribu-ribu komen yang diterima. Syabas! Membaca tulisan Tun, saya rasa seperti dia masih lagi Perdana Menteri. Dengan pandangan beliau yang kritis, saya pasti blog Tun akan menjadi panas. Hiks! Seperti yang kita sedia maklum, semasa masih lagi menjadi PM, Tun menulis sendiri ucapan-ucapannya. Jadi, biasanya apa yang dilontarkan dari mulutnya, sudah pasti lahir dari hati beliau sendiri.

Tulisan terbaru beliau: Dr Mahathir Mohamad: A Weak Government is not good for Multi-racial Malaysia

Selamat membaca!

~ by xxujiexx on May 3, 2008.

2 Responses to “Bila Che Det Menulis Blog”

  1. semua dah ada blog…semua mahu bercakap…

  2. hidup cik uji hukk hehehheheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: