Pelan Pendidikan 3 dalam 1 CIMB Wealth Advisors

Pelan Pendidikan 3 dalam 1
Ramuan tepat untuk permulaan yang bijak ke arah pendidikan tinggi.

Dirangka ekslusif untuk perlindungan dan pemeliharaan harta dan aset pelanggan CIMB Wealth Advisors.

Kami di CIMB Wealth Advisors memahami bahawa melabur untuk masa depan orang yang anda sayangi adalah tanggungjawab dan komitmen yang amat besar. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, memperolehi pendidikan terbaik adalah kunci kejayaan. Malangnya, apabila kos pendidikan tinggi semakin meningkat, ramai yang mendapati bahawa pendidikan terbaik adalah di luar kemampuan mereka.

Kos Pendidikan

Jumlah Yuran Pengajian (RM)*
Semasa Dalam masa 10 thn Dalam masa 15 thn Dalam masa 20 thn
Program Ijazah Tempatan (3 thn) 48,000 85,961 115,035 153,943
Australia (3 thn) 330,000 590,980 790,864 1,058,355
Amerika Syarikat (4 thn) 400,000 716,339 958,623 1,282,854
UK (3 thn) 336,000 601,725 805,244 1,077,598

Sumber: http://www.studymalaysia.com. Anggaran kadar inflasi adalah berdasarkan 6%

Pelan Pendidikan yang mempunyai kelainan

Memperkenalkan Pelan Pendidikan 3 dalam 1 kami serba baru dan komprehensif yang mampu memenuhi semua keperluan anda. Di CIMB Wealth Advisors, kami telah menggabungkan potensi pertumbuhan, perlindungan dan ketenangan minda yang terdiri daripada unit amanah, *insurans atau **takaful dan khidmat penamaan amanah ke dalam satu pakej serba mudah. Pelan ini boleh didapati dalam versi konvensional dan juga dalam versi yang mematuhi prinsip Shariah. Pelan pendidikan kami yang fleksibel membenarkan anda merancang sehingga 20 tahun ke hadapan dengan perbelanjaan permulaan yang anda mampu laksanakan. Pelan Pendidikan 3 dalam 1 ini memastikan bahawa orang kesayangan anda akan menerima pendidikan insurans yang terbaik.

Faedah-faedah:

  • Pertumbuhan Pintar : Pelan pendidikan kami yang berasaskan unit amanah mempelbagaikan pelaburan anda merentasi portfolio yang berkembang secara proaktif, memberi potensi pertumbuhan tinggi yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda.

  • Perlindungan : Pelan *insurans atau **takaful menyumbang kepada matlamat pelaburan anda sekirnya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, memberi anda keselamatan dan jaminan tambahan untuk memastikan bahawa komitmen anda dipenuhi.
  • Ketenangan minda : Khidmat penamaan amanah yang mudah memastikan bahawa pelaburan anda sampai kepada pewaris anda tanpa sebarang kelewatan.
  • Fleksibel : Satu-satunya pelan pendidikan yang memberi anda kemudahan untuk melabur apabila anda mampu melakukan sedemikian dan budi bicara untuk mengakses dana anda secara separa atau sepenuhnya apabila anda memerlukannya.
  • Mengikut Kesesuaian : Pelan pendidikan yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelaburan jangka panjang anda dengan pilihan yang membernarkan anda untuk merancang sehingga 20 tahun ke hadapan.

Soalan dan Jawapan

1. Siapakah yang harus melabur dalam Pendidikan 3 dalam 1?
Kami telah merangka pelan ini untuk ibu bapa, datuk dan nenek, ahli keluarga tersayang atau individu pemurah yang ingin memberi hadiah pendidikan tinggi kepada orang yang mereka sayangi.

2. Apakah tempoh bagi Pelan Pendidikan 3 dalam 1 ini?
Pelan kami disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda, berjulat 10 hingga 20 tahun.

3. Adakah Pelan Pendidikan 3 dalam 1 ini mematuhi prinsip Shariah?
Demi memenuhi keperluan berbeza-beza, Pelan Pendidikan 3 dalam 1 kami menawarkan pilihan sama ada versi konvensional atau versi yang mematuhi prinsip Shariah.

4. Adakah saya perlu melabur sekaligus atau saya harus menyumbang secara tetap kepada pelan ini?
Selepas sumbangan pertama anda, adalah dinasihatkan agar anda menyumbang secara bulanan untuk memastikan bahawa komitmen anda kepada orang yang anda sayangi itu terjamin. Di samping sumbangan tetap anda, anda diberi kemudahan untuk menambah pelaburan sekaligus pada bila-bila masa anda mempunyai wang.

5. Mengapakah saya memerlukan perlindungan *insurans atau **takaful untuk pelan ini?
Oleh sebab anda telah membuat komitmen untuk perancangan masa hadapan, adalah penting untuk memastikan bahawa ia tercapai. Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya, pelan *insurans atau **takaful anda memberi perlindungan tambahan dengan menyumbang kepada pelaburan unit amanah anda agar matlamat jangka panjang anda tetap dapat dicapai.

6. Mengapakah khidmat penamaan amanah diperlukan?
Sekiranya perkara yang tidak terjangka berlaku kepada diri anda, adalah penting bahawa orang kesayangan anda masih mempunyai akses kepada hadiah pemberian anda. Dengan khidmat penamaan amanah kami, anda dapat mengelakkan kelewatan yang rumit dan tidak diperlukan dengan mengasingkan dana untuk orang tersayang tanpa melalui sijil pengesahan wasiat.

7. Tidakkan saya perlu mengimbangkan semula peruntukan aset pelaburan saya ketika pelan ini berjalan?
Itulah keistimewaan Pelan Pendidikan 3 dalam 1 kami. Semakin anda mendekati matlamat sasaran pelaburan anda, dana unit amanah akan berkembang untuk menyokong pelaburan yang lebih rendah risikonya demi memastikan bahawa pulangan anda mendapat perlindungan yang lebih baik.

Hubungi – SUZILAH ZAINUDDIN, perunding perkhidmatan berlesen anda di 017-3189306 atau email ujie@ujie.com atau SMS <3in1> <Nama> <Lokasi> <No Tel> ke 017-3189306 untuk temujanji.

~ by xxujiexx on May 14, 2008.

2 Responses to “Pelan Pendidikan 3 dalam 1 CIMB Wealth Advisors”

  1. Jie.. kalau boleh uruskan utk anak sulung aku ok gak.. sebab sebelum ni suruh buat checkuplah.. almaklumla.. orang pernah kene bedah…

    Apa² jemputla datang rumah aku hujung² minggu ni ke…

  2. Pelan CIMB 3+1 ni boleh keluarkan KWSP ke untuk starting menabung since ada related dengan Unit Trust?..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: