Selesai Sudah Majlis Pertunanganku


Ujie Mapia

Alhamdulillah, hari Ahad lepas, 25 May 2008, berjaya juga saya menghadiahkan bakal menantu kepada mak saya.🙂 Punyelah penat badan nyawa ni tatau nak cakap. Jumaat malam, saya hantar mak dan 2 orang makcik saya balik ke Kuala Selangor untuk melakukan persiapan untuk majlis tersebut. Pada tengahari hari Sabtu, saya bergegas semula ke KL kerana pada pukul 5ptg, saya menduduki exam insurans pula. Sampai ada yang perli, nak bertunang pun sempat exam jugak. Apa nak buat, tak sengaja terclash.

Selepas exam, saya ke Shah Alam mengambil anak buah saya – Olien sebab sudah berjanji dengannya untuk balik ke Kuala Selangor bersama-sama. Sebelum balik ke Kuala Selangor, saya mengajaknya ke Puchong untuk mengambil kek dan selepas itu ke Bangi untuk mengambil fruit tart yang sangat sedap! Kelempang kelempung, saya sampai di Kuala Selangor 5 minit lagi pukul 12 malam. Hilang akal!

Sampai-sampai saja, saya menyiapkan hantaran pula. Mujur sepupu dan anak buah saya dah tolong siapkan sikit-sikit. Lega jugalah rasanya. Tengkiu to Idil, Laily & Azlyna. Pukul 2 pagi baru saya tidur.

Pagi-pagi dah bangun mengemas rumah. Bawa keluar kerusi meja. Nanti takut tak muat pula tetamu nak duduk. Pukul 9.30 saya start bersiap. Laily jadi Mak Andam. Layaannn….

Sepatutnya pihak lelaki sampai pukul 11 pagi. Dekat pukul 12 tak sampai-sampai lagi. Hangin betul saya. Ye, saya faham. Mereka datang berkonvoi. Sudah tentu banyak kepala. Ada yang tersesat. Ada yang tertinggal. Ada yang nak buang air. Macam-macamlah. Bukan apa, pihak saya sudah berjanji ngan Pak Imam sebagai wakil keluarga kami. Pak Imam tu pula ada hal tengahari tu. Dah menyusahkan dia pulak kalau lambat sangat. Sudahnya, Ajrimon jadi mangsa. Huhu. Sorry yang…🙂

Akhirnya, pihak lelaki sampai lebih kurang 12.30 tengahari. Itupun mujur juga anak buah saya menunggu mereka di Petronas Ijok. Dah tak sesat lagi. Syabas!

Bila saya dipanggil keluar, saya disuruh untuk tunduk-tunduk malu. Cam kelakar pula rasanya. Awak dah biasa brutal, kena pulak duduk tersipu-sipu. Sabo jela. Sahabat-sahabat baik saya, Dekda dan Jaja juga ada di majlis itu. Merekalah yang mengurangkan debaran hati saya. Maklumlah, mereka dah naik pelamin dulu. Bila saya duduk tak semenggah aje, mulalah mereka bising. Hee hee. Tengkiu Dekda & Jaja.

Semasa majlis itu juga saya menjadi OKU. Jangan terkejut pulak. Saya diminta oleh Ajrimon untuk memakai contact lense. Hari Sabtu sebelum ke KL untuk exam tu, saya ajak sepupu saya ke pekan membeli contact lense. Kaler purple ok! Contact lense yang tak ada power. Sudahnya, saya jadi rabun lah. Kalau ada siapa-siapa yang senyum pada saya tapi tak dibalas, ampunkanlah saya. Memang saya tak nampak. Eksyen je pakai contact lense tu. Huhu!

Menu pada hari itu ialah ayam masak merah, masak lemak nenas ikan masin, sayur lemak geti, sayur goreng campur, sambal belacan, ikan masin dan tembikai. Nyam-nyam kan.

Pihak Ajrimon balik lebih kurang pukul 2 petang selepas sesi bergambar. Lepas selesai majlis, barulah saya rasa lapar. Apa lagi, makan time. Petang tu, barulah rasa penat satu badan. Flat gilerrr!! Pukul 6.30 petang saya dah terbongkang tido sampai tak sedar apa jadi kat sekeliling. Mujur juga saya ‘cuti’. Sudahnya, pukul 8 pagi besoknya baru saya bangun. Penat juga ye majlis bertunang ni. Kawen nanti, tatau la cemana. Hmm..ok, jom layan gambar plak…Zaassssssss!!!!


Sedang dimekapkan oleh Laily


Tengah hangin satu badan ngan Ajrimon


Bersama mak tersayang. Tengkiu mak..


Bersama orang kuat majlis, sepupu saya Kak Kiah


Bersama Mak Andam, Laily


Bersama 3 orang anak buah. Olien, Seri & Azlyna


Bersama Olien


Bersama Azlyna


Ajrimon, Mak, Mama & Me


Mak & Mama


Bersama Ajrimon & Family


Satu kali lagi


Bersama Ajrimon dan adik-adiknya


Spice Girls!


Hantaran daripada pihak lelaki


Hantaran daripada pihak perempuan


Cincin-cincinku. Tamak giler! Sampai 3!

~ by xxujiexx on May 27, 2008.

4 Responses to “Selesai Sudah Majlis Pertunanganku”

  1. hehehe.. congrate!! amboi mekap makngah kelaasss.. sori xdpt dtg tp aku alwayz doakan korang hepi 4eve ok.. muahh

  2. well…kan konsep artis…kenalah malatopss..hek hek

  3. Tahniah jie..

    Sorila.. kami sekeluarga tak dapat nak join hari tu.. dah ada kat kampung la masa hari kejadian..

  4. tahniah deh.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: