Aku Naik Minyak!!!

Yeay!! Harga minyak naik lagi. Saya pasti ramai yang naik minyak* dengan isu terbaru ni kan? Walaupun harga minyak dah naik 3 hari, saya baru bernafsu nak menulis tentang isu ini. Sebab 3 hari ni, saya sedang menahan amarah saya. Hangen satu badan!!

* Simpulan bahasa naik minyak bermaksud naik angin. Huhu

Pada hari diumumkan harga minyak akan dinaikkan kepada RM2.70, saya tak tahu berita itu. Kebetulan petang itu, saya mengisi minyak seperti biasa. Saya lihat, punyelah banyak kereta berpusu-pusu masuk ke stesen minyak tersebut. Sampai jem. Tapi saya punyelah blur, tak sangka apa-apa. (yelah, kata naik bulan Ogos kan!!). Bila dah malam, baru tau. Nangkeroyo &$*@(*^(*!^#(!&(&! Hiks! Hambek ko! Semua stesen minyak full. Ada lebih kurang 6 stesen minyak di Kota Damansara, semua penuh. Akhirnya, saya minta Ajrimon isikan. Selamat, tak payah beratur.

Apakah kesan kenaikan minyak kepada ekonomi negara? Sudah tentu akan berlakunya inflasi yang mana harga barang-barang akan naik, harga perkhidmatan seperti tarif elektrik juga akan naik. Tetapi kenaikan harga minyak ini tidak pula berkadaran dengan kenaikan gaji. Jadi yang menjadi mangsa ialah :-

1. Pekerja kerajaan yang bergaji kecil/bergred rendah
2. Pekerja swasta peringkat eksekutif/kerani/peon yang bergaji setakat RM700-RM3000
3. Syarikat-syarikat kecil yang beroperasi menggunakan kenderaan seperti lori/van
4. Teksi-teksi yang menggunakan petrol (kena tukar kepada NGV lepas ni)
5. Pemilik syarikat kecil atau boss yang hanya bergaji sekitar RM3000-RM6000 (dengan kenaikan lebih 39%, sudah pasti golongan ini juga terasa kesannya)
6. Nelayan yang menggunakan diesel (jangan lupa, diesel juga naik harga!)

Ditambah pula dengan anak yang ramai, saya tidak tahu bagaimana mereka akan meneruskan kelangsungan hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang ini.

Pak-pak menteri tidak perlu risau dengan kenaikan ini kerana petrol mereka dibayar oleh kerajaan (rakyat jelata). Pakcik makcik di kampung yang pergi menoreh atau ke kebun dengan berbasikal atau berjalan kaki juga tidak terasa dengan kenaikan harga petrol.

Secara kesimpulannya golongan pertengahan (paling ramai di Malaysia) yang paling merana dengan kenaikan ini. Golongan dhaif yang tidak mempunyai kenderaan pula tidak merasa apa-apa kesan (tetapi akan terasa juga kesannya apabila harga barang naik kelak)

Apabila saya bising-bising pada Ajrimon, dia marah saya balik. Katanya, buat apa nak bising. Lambat laun kenaikan ini pasti juga berlaku. Yang penting, kita kena kerja lebih kuat, lebih rajin. Tak boleh malas-malas. Setakat naik 70sen, kalau orang yang banyak duit, orang kaya, tak ada hallah!! Betul juga katanya (tapi saya tetap juga sakit hati ngan harga minyak nihh!!)

Jadi, apa yang kita perlu lakukan untuk mengurangkan kesan kenaikan ini? Nampaknya kena berkorban sikit ye. Cara-cara yang mungkin boleh dilakukan (walaupun saya tahu, saya pun tidak mampu melakukannya)

1. Bawa bekal ke pejabat. Jangan makan di kedai atau restoran
2. Kalau dulu, bawa anak-anak makan KFC,McDonald sebulan sekali atau seminggu sekali, mungkin boleh dikurangkan kepada setiap suku tahun. Hiks!
3. Berbasikal atau trade in kereta kepada skuter/motor
4. Cari kerja berdekatan dengan ofis. So, boleh jalan kaki je ke ofis
5. Naik bas/LRT/komuter/monorail (tapi saya berani kerat jari Ajrimon lah, tambang pengangkutan awam ni pun pasti naik! Bas pakai petrol, yang lain-lain tu kan pakai letrik)
6. Parking kereta lebih kurang 5km dari ofis dan berjalan kaki saja ke ofis. Selain menjimatkan minyak, boleh juga bersenam
7. Bangun awal, seawal 5 pagi seperti orang yang keluar menoreh dan mula jalan kaki ke ofis (kalau ofis jauh)
8. Anak-anak ke sekolah pun tak payah naik bas. Pakat-pakat dengan jiran tetangga supaya anak-anak berjalan kaki ke sekolah beramai-ramai
9. Lu pikirlah sendirikkk!! Hehe

Nampaknya saya kena berjalan kaki saja untuk bertemu client. Tak pun, saya mintak client datang jumpa saya. Hak hak. Ok, ok. Saya stop dulu sebelum saya naik minyak balik!! Daaa….

~ by xxujiexx on June 7, 2008.

2 Responses to “Aku Naik Minyak!!!”

  1. ya saya salah seorang yang nahik hangin!

    ujie, carta tu bagus, tapi cuba tarik lagi ke belakang sehinggga tahun 1994 (kalau boleh…) atau belakang lagi 1984 ke…

  2. … kalau boleh carta tu dari tahun 1934 la… baru la hampeh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: