Ceramah Agama Berunsur Politik – Bencinya

Di surau berdekatan dengan rumah saya, biasanya diadakan ceramah agama setiap kali selesai solat Maghrib. Kebetulan semalam, saya dan Bakal Roomate bersolat Maghrib di situ. Selesai saja bersolat, saya bersiap-siap melipat telekung (sebab nak keluar makan), saya sempat mendengar sedikit apa yang disampaikan oleh penceramah pada malam itu.

Saya tidak tahu apa tajuk ceramah pada malam itu, tapi yang banyak saya dengar ialah kata-kata cacian dan makian. Di antara kata-katanya yang sempat saya dengar: –

1) “Ada yang balik saja dari buat haji, masuk UMNO. Babi!!”

2) “Siapa masuk PAS, inilah sebenar-benar Islam”

3) “Ada di antara jemaah, lepas solat, nampak saja saya nak bagi ceramah, terus keluar surau. Konon berserban. Tapi kurang hajar. Serban tu lagi baik dipakaikan kat babi!!”

Dan dia terus-terus bercerita pasal PAS, kutuk orang sana, maki orang sini. Dalam hati saya, Ya Allah, ape bendanya ni. Mencarut-carut tak tentu pasal. Padahal di dalam rumah Allah. Apakah patut, seorang ustaz, yang mengajar agama, yang mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat bercakap benda-benda seperti itu? Bukan orang dewasa sahaja yang ada, malah kanak-kanak pon ada sekali mendengar ceramah tersebut. Bila dia memaki-maki seperti itu, jemaah lain ketawa-ketawa, macam menyokong.

Patutlah ada juga jemaah yang terus blah bila nampak ustaz tu nak bagi ceramah . Ntah-ntah orang tu keluar cepat, sebab nak hantar anak pergi tuesyen ke, entah-entah isteri dia suruh beli barang kat kedai ke. Senang-senang je ustaz ni menuduh dan memaki hamun orang lain. Kalau pun jemaah yang keluar surau tu BUKAN nak pergi hantar anak ke tuesyen atau nak belikan barang-barang isterinya, saya sangat menyokong tindakannya keluar dari surau. Kalau saya pun, tak larat nak dengar seorang ustaz memaki hamun orang lain. Baik blah cepat. Buat malu je!

Saya bukan penyokong BN dan bukan juga berpihak dengan mana-mana parti lain, tetapi saya sangat tidak suka apabila ceramah agama yang sepatutnya pengisiannya berunsur nasihat, memberi kesedaran, zikir-zikir memuji Allah, dicemari dengan kata nista dan caci maki. Baik tak payah mengaji agama tinggi-tinggi. Pergi jadi Mat Rempit sana. Eii!! Sungguh kurang hajar!

Saya tau, kawasan Kota Damansara ini adalah kawasan PKR, tetapi janganlah mengambil kesempatan menggunakan surau sebagai tempat untuk mempertahankan parti. Surau tempat beribadah, menuntut ilmu dan bermuzakarah. Bila dah dengar sendiri cacian makian macam ni, saya macam malas nak bersolat lagi di surau tersebut, Menyampah!

Entahlah, Allah saja yang dapat membalasnya…Ustaz, Lu Pikirla Sendiri!!!

~ by xxujiexx on July 9, 2008.

4 Responses to “Ceramah Agama Berunsur Politik – Bencinya”

  1. ramai ustaz yg mcm nie..ustaz politik..

  2. saya suka dengar ceramah dari ustaz akhil hayy…berkisarkan tentang remaja serta ilmu…satu kampung ngan teman…tang politik saya akan balik terus kerumah tido tak pun main game…kita dengar kutukan atau makian serta fitnah tue kang akan tergolong dari golongan munafik…masyaAllah..

  3. sape nama ustaz babi tersebut?

  4. i hope you knews that, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil cuma pekerti sesorang itu dibina berasaskan keikhlasan. Kita perlu ingat soal PAS atau UMNO, Akidah adalah pegangan setiap umat manusia yang beragama Islam, jadi kalau kita bertasdik bahawa Undang-Undang yang berkuatkuasa di negara kita ini yang terbaik maka batallah syahadah kita,
    nauzubillah himii za likh ,kerana Allah telah memerintah Nabi Muhammad s.a.w. supaya mendaulatkan hukum Allah berasaskan Quran dan Hadis jadi awak intai intai jalan yang perlu kita pilih
    saya sambung lagi o.k.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: