DSAI vs Datuk Ahmad Shabery Cheek

Malam tadi selepas habis kelas, saya, Bakal Roomate dan seorang lagi rakan lepak-lepak minum di restoran mamak berdekatan kelas kami. Kami sempat menonton gusti lidah antara DSAI dan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani. Sayangnya, kami tidak dapat mengikuti Debat tersebut dari awal kerana kelas kami habis agak lewat. Tapi beberapa isi penting yang dikemukakan oleh kedua-dua mereka sempat juga saya dengar.

Saya lebih berminat mendengar hujah DSAI kerana hampir sedekad tidak melihat DSAI berucap secara langsung di televisyen. Memang benar, Shabery Cheek bukanlah lawan Anwar Ibrahim. Najib dan Pak Lah pun bukan lawan yang sepadan. Nak bertemu buku dengan ruas? Sila temukan mantan PM kita, Tun Mahathir vs DSAI. Itu baru lawan yang betul.

Untuk alam siber ni, apa kata kita tonton rakaman debat malam tadi di sini -> Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek. Lets cekidaut!

~ by xxujiexx on July 16, 2008.

2 Responses to “DSAI vs Datuk Ahmad Shabery Cheek”

  1. Salam,
    Aku pun tengok tapi sekerat gak sbb terlupa gi tgk citer sindarela.. A’ah betul kata ko Datuk Ahmad bukan la lawannya.. Aku ingat Tun akan hadir maybe dia tgk kt TV jer la kot.. hehe

  2. apa plak! sape kate dsai lagi bagus? dato shabery jauh lagi bagus bercakap tau!dia tu dulu pemimpin mahasiswa um..pemimpin tempat aku study sekarang ni tau!lagi satu dia tu hensemlah! dsai sepanjang berdebat tu xabis2 sebut ‘rakyat..rakyat..rakyat..’,eh korang imagine la wei?time dia tu jadi timb.perdana menteri dulu, nak dengar dia mentioned pasal rakyat pun aku xpernah dengar! sekarang baru sebut pasal rakyat..poyo! dsai pada aku hanya tamakkan kuasa, bukan perjuang rakyat..dan dia juga sepatutnya dikenakan tahanan isa coz dikhuatiri kacau-bilaukan negara! dia tu berbahaya kepada keamanan negara ni! hidup dato shabery cheek!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: