DSAI vs Datuk Ahmad Shabery Cheek

•July 16, 2008 • 2 Comments

Malam tadi selepas habis kelas, saya, Bakal Roomate dan seorang lagi rakan lepak-lepak minum di restoran mamak berdekatan kelas kami. Kami sempat menonton gusti lidah antara DSAI dan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani. Sayangnya, kami tidak dapat mengikuti Debat tersebut dari awal kerana kelas kami habis agak lewat. Tapi beberapa isi penting yang dikemukakan oleh kedua-dua mereka sempat juga saya dengar.

Saya lebih berminat mendengar hujah DSAI kerana hampir sedekad tidak melihat DSAI berucap secara langsung di televisyen. Memang benar, Shabery Cheek bukanlah lawan Anwar Ibrahim. Najib dan Pak Lah pun bukan lawan yang sepadan. Nak bertemu buku dengan ruas? Sila temukan mantan PM kita, Tun Mahathir vs DSAI. Itu baru lawan yang betul.

Untuk alam siber ni, apa kata kita tonton rakaman debat malam tadi di sini -> Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek. Lets cekidaut!

Advertisements

Yang Pelik Yang Menarik II

•July 12, 2008 • Leave a Comment

Apa yang silap dalam gambar di atas?

.

.

.

.

Dah jumpa?

Hak hak hak..BLACLIST DITERIMA. Banyakla ko punye BLACLIST Along oi!! (tataulah Along Bukit Beruntung ke Along mana. Along Kota Damansara kot. Huhu) Gambar poster ni diambil oleh Bakal Roomate di dalam tandas di Old Town White Coffee Sunway Damansara. Enjoyce!!!

10 Amalan Mudah Untuk Hidup Cara Sihat

•July 12, 2008 • 2 Comments

Setiap orang pasti mahu melalui kehidupan seharian yang sihat dan ceria. Tapi, bagaimana? Ikuti 10 tips penting yang boleh menjadi amalan anda setiap hari. Mulakan dari sekarang!

1. Jangan tinggalkan sarapan pagi

Jika tidak sarapan, bermakna anda menyediakan tubuh anda tanpa tenaga! Biar bagaimana sibuk sekalipun, peruntukan waktu untuk mengambil sarapan pagi. Mungkin bijirin atau roti.

2. Tinggalkan kasut tinggi

Tidak ramai wanita memikirkan tentang osteoporosis. Sedangkan, kalau diikutkan kajian, 50 peratus wanita mengalaminya berbanding lelaki.

Apakah puncanya? Kasut tinggi anda! Malah kadar kesihatan pada bahagian khaki lebih tinggi di kalangan wanita yang memakai kasut tumit tinggi melebihi dari dua inci. Bukan bermakna anda tidak boleh memakainya langsung. Cuma, kurangkanlah kadar ketinggiannya.

Pakailah kasut yg ketinggiannya kurang dari dua inci. Jika masih mahu mengenakan kasut lebih tinggi dari dua inci, pakailah hanya pada waktu majli-majlis tertentu sahaja.

3. Makan Badam

Berdasarkan kajian di Universiti california, jika individu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan dalam diet hariannya memakan badam, paras kolestrol menurun. Para penyelidik berpendapat badam kaya dengan”polyunsaturated fat’. Jadi jangan berlengah lagi, jika anda terlebih kolestrol, berusaha untuk mengurangkannya dengan mengambil badam setiap hari.

4. Sebiji oren setiap hari

Kajian di British menunjukkan sebahagian 20 peratus dari punca sakit Jantung ialah usia, tekana darah, paras kolesterol dan merokok. Kajian yang di lakukan ke atas 20,000 orang di sana, menunjukkan dengan menambahkan 50 gram vitamin c dalam diet harian, cukup untuk membuat jantung sihat. Jika anda mahukan jantung anda terus sihat, amalkan memakan oren sebiji setiap hari, tak kiralah pada waktu bila sekalipun.

5. Ketawa

Tapi, awas pastikan anda ketawa bersebab. Mungkin dengan menonton filem komedi, membaca buku cerita lucu, mahupun berbual-bual dengan rakan yang suka berjenaka.

6. Tambahkan potassium

Tahukah anda, bagi individu yang kurang potassium di dalam tubuh, berisiko tinggi untuk diserang stroke. Jadi, perhatikan makanan yang boleh menambahkan potassium dalam tubuh anda. Antaranya ialah pisang.

Memakan sebiji pisang setiap hari juga sudah cukup untuk membolehkan Potassium dalam tubuh anda sentiasa stabil. Selain itu anda boleh mengambil tembikai dan kentang rebus.

7. Kuasa bunga

Anda mungkin antara penggemar bunga segar. Mungkinkah anda juga selalu harapkan pemberian bunga dari orang lain. Mungkin, dari suami, kekasih, sahabat karib,malah sesiapa sahaja. Tapi cuba anda pergi ke kedai bunga, pilihlah jambangan bunga yang anda idamkan. Bawa pulang dan anda akan dapati, bunga yang anda beli membawa satu perubahan pada perasaan anda. Kesegarannya boleh merubah suasana di ruang yang anda letakkan bunga itu.

8. Katakan ‘cheese’

Kenapa begitu? Maknanya senyumlah. Dua ulas bibir yang tersenyum bukan sahaja menggambarkan diri anda ceria. Bahkan, ia sebenarnya membantu diri untuk melalui kehidupan seharian dengan benar-benar gembira.

9. Jangan kosongkan perut

Selepas makan pagi, jangan biarkan perut kosong. Ambillah biskut, kentang goreng mahupun bijirin. Perut yang kosong dan anda dalam keadaan lapar bermakna kadar gula dalam darah anda turun. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, jangan biarkan perut kosong. Makanlah sesuatu, tetapi sedikit sahaja. Nanti terlebih makan, berat pula naik mendadak.

10. Tidur berkualiti.

Tidur berkualiti bukan bermakna masa tidur yang panjang! Sebaliknya tidur apabila mata sudah mengantuk. Bangunlah apabila tubuh sudah terasa segar. Titiskan beberapa titis minyak lavender pada bantal. Tidur anda lebih selesa. Pastikan perut juga tidak terlalu kenyang sebelum melelapkan mata.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita ,Okt/Nov 2001

Entry Boring

•July 10, 2008 • 1 Comment

PAK PANDIR…

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…

Pak Pandir : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Org Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir…

Org Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

————————————————

Semasa saya bersekolah tadika dulu, saya ada menyertai pertandingan bercerita, bertajuk Pak Pandir dan Mak Andih. Mak buatkan baju untuk saya daripada kain batik, sekali dengan penutup kepala macam petani tu. Ketika itu, barulah saya tahu, betapa bendulnya Pak Pandir. Hiks!

Ceramah Agama Berunsur Politik – Bencinya

•July 9, 2008 • 4 Comments

Di surau berdekatan dengan rumah saya, biasanya diadakan ceramah agama setiap kali selesai solat Maghrib. Kebetulan semalam, saya dan Bakal Roomate bersolat Maghrib di situ. Selesai saja bersolat, saya bersiap-siap melipat telekung (sebab nak keluar makan), saya sempat mendengar sedikit apa yang disampaikan oleh penceramah pada malam itu.

Saya tidak tahu apa tajuk ceramah pada malam itu, tapi yang banyak saya dengar ialah kata-kata cacian dan makian. Di antara kata-katanya yang sempat saya dengar: –

1) “Ada yang balik saja dari buat haji, masuk UMNO. Babi!!”

2) “Siapa masuk PAS, inilah sebenar-benar Islam”

3) “Ada di antara jemaah, lepas solat, nampak saja saya nak bagi ceramah, terus keluar surau. Konon berserban. Tapi kurang hajar. Serban tu lagi baik dipakaikan kat babi!!”

Dan dia terus-terus bercerita pasal PAS, kutuk orang sana, maki orang sini. Dalam hati saya, Ya Allah, ape bendanya ni. Mencarut-carut tak tentu pasal. Padahal di dalam rumah Allah. Apakah patut, seorang ustaz, yang mengajar agama, yang mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat bercakap benda-benda seperti itu? Bukan orang dewasa sahaja yang ada, malah kanak-kanak pon ada sekali mendengar ceramah tersebut. Bila dia memaki-maki seperti itu, jemaah lain ketawa-ketawa, macam menyokong.

Patutlah ada juga jemaah yang terus blah bila nampak ustaz tu nak bagi ceramah . Ntah-ntah orang tu keluar cepat, sebab nak hantar anak pergi tuesyen ke, entah-entah isteri dia suruh beli barang kat kedai ke. Senang-senang je ustaz ni menuduh dan memaki hamun orang lain. Kalau pun jemaah yang keluar surau tu BUKAN nak pergi hantar anak ke tuesyen atau nak belikan barang-barang isterinya, saya sangat menyokong tindakannya keluar dari surau. Kalau saya pun, tak larat nak dengar seorang ustaz memaki hamun orang lain. Baik blah cepat. Buat malu je!

Saya bukan penyokong BN dan bukan juga berpihak dengan mana-mana parti lain, tetapi saya sangat tidak suka apabila ceramah agama yang sepatutnya pengisiannya berunsur nasihat, memberi kesedaran, zikir-zikir memuji Allah, dicemari dengan kata nista dan caci maki. Baik tak payah mengaji agama tinggi-tinggi. Pergi jadi Mat Rempit sana. Eii!! Sungguh kurang hajar!

Saya tau, kawasan Kota Damansara ini adalah kawasan PKR, tetapi janganlah mengambil kesempatan menggunakan surau sebagai tempat untuk mempertahankan parti. Surau tempat beribadah, menuntut ilmu dan bermuzakarah. Bila dah dengar sendiri cacian makian macam ni, saya macam malas nak bersolat lagi di surau tersebut, Menyampah!

Entahlah, Allah saja yang dapat membalasnya…Ustaz, Lu Pikirla Sendiri!!!

Minggu Bertemu Rockers…

•July 3, 2008 • 3 Comments

Apa khabar semuaaaaaaaaaa? Kali ni gua takde mende nak citer ngan lu orang sume…Cuma nak tepek gambar gua ngan rockers-rockers terhangat di Malaysia. Dorang ni best-best. Hattan ni gua terserempak kat ofis client Khamis lepas. Amy plak, dah lame gua set appointment ngan dia, tapi malam semalam baru dia call gua ajak jumpa. Nothing personal. It’s just business. Gitteww….Cekidaut!!


Gua dengan Hattan!


Gua dengan Amy Phewwitt


Huh!!Nak jugak menyelit…Bakal Roomate gua bersama Amy Phewwitt

InsyaAllah…lepas sembang bisnes ngan abang Amy, gua rasa makin cepat kot gua bleh tangkap BMW 3 Series Convertible gua. Lu orang camna? Ada brannn??

How Malaysian Are You?

•June 24, 2008 • 2 Comments

I got this from Kennysia’s website. Maybe you can try on your own… 🙂

Congratulations Ujie, you are 50% not Malaysian.

That means you’re as Malaysian as…

Michelle Yeoh!

How Un-Malaysian Are You?

Saya try lagi sekali dengan jawapan berbeza..sekali..keluar ini daa….Hiks..

Congratulations Ujie, you are 55% not Malaysian.

That means you’re as Malaysian as…

Guy Sebastian !

Mengarut je..Try la sendiri oke..hehe